Malam ni aku luang kan masa aku membaca cerita tentang pemergian pelajar UTP baru2 ini .Allahyarham bergelut dengan arus deras air terjun Batu Berangkai sebelum menghembus kan nafas terakhir. Aku percaya ramai pelajar UTP merasa kan pemergian beliau walaupun tak mengenali siapa Norshida Adnan. Aku baca artikel tentang beliau di sini, sini, sini dan juga sini.
Dua hari sebelum hari pemergian pelajar UTP tersebut, aku ke Kedah teman kan rumate aku pergi majlis perkahwinan kawan die. Sebelum balik aku , paker dan din singgah Air Terjun Lata Bayu. Memang tak nafi kan , air terjun terbaik pernah aku pergi. Pemandangan yang cantik, air terjun yang tinggi dan jugak kawasan mandi yang luas yang mempunyai kedalaman lebih kurang 2.5 meter. Dah menjadi kebiasaan aku untuk fikir kan aspek2 keselamatan dan meramal bencana ape yang bakal berlaku sebelum melaku kan sebarang aktiviti. Sebelum mandi aku ingat kan kawan aku yang tempat tu dalam, air terjun laju (tekanan rendah yang mampu menarik mangsa) dan jugak air sejuk yang boleh menjadi kan kaki krem.
Seperti aku jangka kan, kaki aku krem selepas terjun ke dalam kawasan air terjun tu. Aku bernasib baik sebab tak panik dan berenang ke tepi menggunakan 2 tangan dan 1 kaki. Bila naik atas batu, termenung aku sekejap sambil tahan sakit (kaki krem). Lepas kaki aku dah OK aku pun masuk balik. Alhamdullilah sepanjang aku beriadah di kawasan air terjun tu, tak berlaku sebarang kemalangan. Selepas aku baca kisah2 Allahyarham Norshida, buat aku termenung semula. Bersedia kah aku dengan kematian?
Kematian sebahagian dari kehidupan
Aku tak pernah lagi menghadapi situasi kehilangan orang yang menjadi rencah dalam kehidupan aku. Antara kematian yang pernah aku tempuhi ialah Allahyarham Pak Long Anual. Aku sendiri tolong mengangkat tubuh kaku Pak Long semasa beliau di mandi kan. Itu lah pertama kali aku mengangkat dan tolong membersih kan jasad yang tidak bernyawa. Beberapa rakan2 sekolah aku juga telah tiada kerana menunggang motosikal dengan tak berhati2. Aku tak serik2 nasihat kan mat rempit yang aku kenal.
Ayah aku selalu nasihat kan aku supaya jangan mudah lemah semangat dalam hidup. Memang kadang2 kita akan rasa lemah semangat, tapi cari lah cara sendiri macam mana nak mencari semangat tu semula.
Kematian sebahagian dari kehidupan.
Kita cuma ada 2 pilihan jika kematian berlaku dikalangan orang tersayang. Samada kita menerima kematian tersebut, atau pun belajar menerima kematian tersebut. Kepada sesiapa yang baru sahaja kehilangan orang yang tersayang, semoga tabah dalam menempuh hidup seharian.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka yang telah pergi dan menempat kan mereka di golongan yang dimulia kan.
entry yg bagus..kena ingat mati gak..org sekarang mudah lalai n lupa pasal mati..salam takziah..
BalasPadam