Salam Lebaran buat ummat Islam sedunia.
p/s: dah lama aku rindu kan berpuasa di rumah. kemas rumah, pasang pelita.
nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com
Pada waktu itu, artis jemputan merupa kan Akhil hay dan nazrey johani. semasa konsert ni dalam peringkat perbincangan, macam2 artis yang telah tersenarai untuk menjaya kan konsert ni. last2 2 orang ni yang terpilih. KS6 (KSVI) merupakan pengalaman pertama aku dalam mengenal jenis2 manusia. Macam2 tekanan yang diterima, ada yang menyokong, ada yang mengkritik , ada yang mengherdik. Tapi aku kagumx dengan setiap komiti KSVI ketika itu. Tanpa mereka semua, KSVI cuma lah mimpi.
Sesi berkenalan antara semua komiti KSVI di adakan dengan acara makan malam yang serba sederhana. .Setiap orang perlu perkenal kan diri mengikut department masing2. Lepas je sesi kenal2, sesi makan2 plak., laki memang pantang bab2 makan. Dalam keadan malam tu, dieorang tak guna pon konsep “ladies first”. Tapi walau ape2 pon, makanan cukup untuk kaum hawa. Kalau kaum hawa tak boleh nak habis kan, kaum adam mampu mengambil alih. tapi kan, aku memang tak nafi kan kaum adam memang kuat makan. Terima Kasih juga kepada Bos Medtech yang sudi datang malam tu , beliau juga jarang miss bab2 makan nih. Kalau bab makan aku memang meletak kan die sebagai idola aku. hahaha.
Kembara sufi................
Memang menjadi satu kembara yang penuh pengajaran buat aku. Konsert yang memakan belanja lebih kurang RM10 ribu itu sedikit sebanyak memberi tekanan yang tinggi. Buah mulut orang kadang kala membuat kita lega, kadang kala menjatuh kan kita. Hampir semua orang rasa kan tekanan tu. Perubahan yang dibuat juga memberi kesangsian orang ramai. Cabaran demi cabaran di tempuh, berkat kesabaran dalam berpasukan dan gerak kerja yang berkesan , segala tomahan di tepis menggunakan tangan kiri, manakala tangan kanan memberi focus dalam gerak kerja.
Focus, focus dan focus....Alhamdulillah semua nya di tempuh walaupun tangan kiri kesakitan. Aku mengucap kan setinggi terima kasih kepada semua yang menjaya kan konsert KSVI. Terima kasih jugak kepada Supervisor aku ketika tu yang banyak mengembali kan semangat aku yang hilang. Terima kasih juga kepada Majlis tertinggi Rakan Masjid dan Medtech yang tak putus2 hulur kan bantuan.
Aku agak berdebar dalam meneka jumlah penonton yang hadir pada malam itu. Segala aktiviti promosi di jalan kan walaupun pihak pentadbiran UTP masih belum memberitahu status kelulusan konsert KSVI. Banyak risiko yang diambil, banyak tekanan yang di terima, pendek masa yang tinggal. Strategi jualan tiket ketika itu ialah jualan langsung menggunakan agent2 tiket.
Sebelum itu Crew Media Medtech dan Staff ITMS membuat persediaan teknikal konsert. Multiple camera production pon ade malam tu. Penonton2 yang jauh2 pun boleh tengok lubang hidung Akhil Hay dan Nazrey Johani .
Malam konsert tu. Aku jalan2 di kaunter jualan tiket. Setakat ni jualan memberangsang. 5 ke 6 bas sampai dalam masa yang sama. Pelan yang dirancang, berjalan lancar. Konsert tu juga dihadiri dari pelbagai Ipt dan sekolah. pelajar UiTM sri iskandar juga turut hadir. Trimas2
Mase hari konsert tu, setiap sejam aku akan terima 5 ke 6 panggilan dan berpuluh SMS. Maaf waktu tu aku Cuma mampu membalas SMS yang penting je. Ada seorang cikgu sekolah menengah ni , die rajin hubungi aku Tanya pasal KS, lepas tu die nak jumpe aku mase konsert tu. Rupa2 nya die suruh aku bagi kata2 semangat pelajar sekolah dia. Dah la muslimat (perempuan) je semua pelajar tu. Dengan tak segan silunya aku pun bagi kata2 semangat (walaupun aku segan giler waktu tu). Tak sangka malam tu aku jadi ahli motivasi terjun hahaha.
Waktu tu ada juga peniaga yang menyewa tapak untuk perniagaan mereka.Tak lama lepas itu kelihatan wajah anak2 yatim yang ditaja khas oleh pelajar2 utp ke konsert kembara sufi. Mereka di berikan keistimewaan duduk paling depan sekali.
Dapat juga la bergambar dengan Nazrey Johani sepam dua. Eh mane Akhil Hay? Sebenar nye waktu siang aku dapat panggilan dari Kak Mai (isteri selaku pengurus Akhill Hay), “Nuriman, Ustaz tak berapa sihat la, tapi die akan cuba yang terbaik untuk malam ni.”. huhuhu risau juga kalau die tak dapat buat persembahan. Waktu nazrey datang, akhil hay berehat di rumah yang komiti sedia kan. Akhil hay muncul selepas persembahan Nazrey.
Terima kasih juge kepada MC yang sempoi. Sebab die ahli ISA (Islamic sempoi association).
Persembahan silat gayong Malaysia disajikan dan juga kumpulan nasyid UTP Insaff. Kembara sufi juga berbesar hati apabila buat pertama kali nya lagu kembara sufi di cipta dan di dendang kan pada malam tersebut.
aku masih lagi berdebar dalam meneka jumlah kehadiran penonton. Tapi aku buat2 cool je waktu tu. Ye la kang kantoi kang malu je. Nazrey mengambil pentas serta anak nya.
aku masih lagi berdebar dengan jumlah penonton. Kalau penonton tak ramai, jualan tiket mesti kurang, bila jualan kurang, kembara sufi tak dapat cover kos yang lebih kurang RM10 ribu. Ketika nazrey dipanggil membuat persembahan, tepukan gemuruh diberi kan penonton. Tepukan tu agak kuat.
Aku menoleh kebelakang........
Mak oi... meremang bulu tengkok aku tengok penonton yang datang. Terima kasih sekali lagi kepada yang memberi sokongan.
Lepas Nazrey abis nyanyi, Ustaz rock ni pun standby di belakang. Cis aku tak dapat amik gambar dengan akhil hay. Boleh terlupa plak nak amik gambar same die. Akhil hay masuk dengan gimik spontan nya sendiri dengan bantuan teknikal media crew medtech.
Floor manager medtech crew: “Akhil hay dah sampai, semua post standby.”
Control Room Manager: “Copy2!” (Roger faham)
Tak di nafi kan Akhil hay mempunyai suara yang mampu mengejut kan orang bangun sahur.hahaha mantap2. Die memang kelakar, seronok berborak dengan dia.
Kak Mai (isteri Akhil Hay) yang pegang baby dan anak perempuan die tekun tengok konsert tu. aku pon kene cover macho gak. Mane la tau boleh jadi menantu akhil hay ke kih3.
Puncak majlis gandingan bersama dengan lagu “Suara Hidayah” memukau penonton termasuk aku skali. Gandingan mantap wa cakap lu. Lagu tu mengakhiri konsert tersebut. lepas tu sesi authograph bersama penonton di jalan kan. memula turn perempuan amik authograph, pastu baru lelaki.
Jadi begitu lah serba sedikit berkenaan dengan konsert nasyid kembara sufi. Kepada yang kurang faham macam mana contoh hiburan yang dibenar kan dalam islam, Kembara sufi merupakan pendedahan yang terbaik dalam berhibur. Aku kagum juga ada beberapa orang bukan islam yang datang menonton konsert ini. Mungkin ada yang segan atau pun risau nak datang ke program2 macam ni. yang tak pakai tudung pun boleh datang konsert ni. semoga hiburan nasihat ini mampu mengubah cara hidup sebagai seorang islam yang lebih baik. Pernah aku nak jual tiket kepada satu couple ni, walaupun die tak bertudung aku ajak jugak la, couple tu dah nak beli dah tiket konsert nasyid ni, tiba2 couple tu tak jadi beli dengan dialog “owh tempat duduk lelaki perempuan asing2 eh? Owh tak pe lah”. Aku senyum je. Aku tak salah kan die 100%, mungkin die tak faham atau kurang pendedahan sejak kecil lagi. Sebab aku pun ada pengalaman sebegitu.
Tahun ini kembara sufi 7 menjanji kan 2 artis berkumpulan. Hijjaz dan inteam. Kelainan paling ketara ialah konsert kali ini di ada kan selepas bulan puasa. Sebelum ni konsert diada kan sebelum bulan ramadhan bersempena dengan Minggu Penghayatan Ramadhan. Ada jugak pertandingan nasyid2 antara sekolah serta program kebajikan bersama artis. Jadi kepada sesiapa yang nak beli tiket, boleh la hubungi agent2 tiket kembara sufi.
Kepada peniaga yang nak bukak tapak perniagaan semasa konsert, boleh la menghubungi komiti. Harga tiket juga berpatutan. Konsert diadakan di Dewan Chansellor UTP yang berhawa dingin.Tarikh konsert hari sabtu 11 oktober 2008. Jadi jom bersama menyokong hiburan yang dibenar kan islam.
Maklumat lanjut,
P/s: post yang panjang lebar ini ditujukan khas buat komiti kembara sufi 7 dan mereka yang menjayakan konsert kembara sufi 6. Terima Kasih semua
" I have to take care of my father. He just got Chikungunya fever and his movement is limited "