Sabtu, 20 September 2008

Media yang berat sebelah, Arus perdana Malaysia

Apa arus perdana ni?
aku cari dkat website kamus dewan tak jumpe pun? tapi dari apa yang aku faham, arus perdana ni ialah informasi yang disampaikan dalam kuantiti yang meluas. Aku kebiasaan nya akan tengok berita di TV3, tapi selalu beri maklumat yang kurang cukup. Ade maklumat, tapi tak berapa nak cukup.Sampai satu masa tu, tak payah tengok berita tv3 pun, dah boleh agak dah ape yang akan keluar. Aku lebih gemar melayari internet . kenapa? walau pun internet connection rumah aku slow, tapi aku puas dengan informasi kedua2 pihak. Bile dalam media arus perdana buruk2 kan Pakatan Rakyat(PR), aku nak tahu jugak sudut positif PR ni. Segala sudut positif PR hanya boleh di dapati di internet. Agak2 nya berapa nisbah orang yang mempunyai internet dan arus perdana (TV,radio, surat khabar )? Rakyat tengah keliru ke?

Tajuk utama Utusan hari ni "Amerika perguna Anwar" atau dalam erti kata Amerika ni peralat kan Anwar Ibrahim.Aku baca dan nak cari strong point dalam artikel tu. Erk... baca la sendiri. Lama jugak aku ikut perkembangan politik Malaysia (minat baca2 je, tapi tak penah involve, umur pun 20 tak boleh mengundi hehehe). Arus perdana kebiasaan nye mengenengah kan isu tak penting.Adakah usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah isu kecik? Agak2 rakyat Malaysia boleh terima tak cara pimpinan Paklah? kenapa isu tu tak di perbahas kan arus perdana? Kalau dulu kan aku ingat kan PAS ni extreme, kenapa sekarang tak? ni yang aku geram ni, dulu maklumat tak berapa nak cukup. Yela internet takde.

Seorang pemimpin mesti lah mampu memberi inspirasi kepada pengikutnya.Fikir sendiri siapa lagi pemimpin negara.Jangan lupa Ketua pembangkang juga pemimpin.Anda kenal tak siapa tokoh2 pemimpin di Malaysia?Kalau aku baca orang2 yang mengkritik pembangkang, ade jugak yang betul dan salah. Masing2 ada hujah masing .Sebab apa orang membetul kan perkara yang salah? sebab dia kurang faham. Bertukar pendapat akan menjadi kan orang lebih faham. Kelab Medtech UTP kebiasaan nya akan recruit orang2 baru setiap sem, macam2 jenis orang di gabung kan untuk jadi satu kumpulan yang mempunyai pelbagai sudut pandangan. Itul sebab aku suke Kelab Media dan Teknologi. Tapi apa dah jadi dkat Teknologi Media massa Malaysia? ade blog kene block, lepas tu unblock, lepas tu ISA haiya~ (untuk pengetahuan tentang ISA )

Post kali ni mungkin berbau politik, sebenar nya aku lebih berminat menyuara kan pendapat tentang Media masa yang berat sebelah. Aku carik perkara negatif Pembangkang, masa yang sama carik positif jugak. Dari pengalaman jadi ketua mesyuarat, aku akan skip perkara2 yang tak berasas dan fokus pada solution. Bukan menghasut.

Semalam aku tengok cerita Fracture. Cerita tentang macam mana peguam cuba memperjuang kan kebenaran. Walaupun ketika itu kebenaran tidak memihak, bila dia kuat kan semangat dia dapat tau ada orang yang cuba sokong die penting kan diri sendiri. Si peguam ni terus mengkaji walaupun dia diancam ke penjara. Sebijak2 konspirasi di reka akhirnya si peguam dapat mencari kesalahan manusia. Ingat manusia melaku kan kesilapan. Kebenaran sering juga kalah, tapi kebenaran akan menang selamanya. Tegak kan yang benar, macam mana? tingkat kan daya pemikiran, macam mana? pupuk si sifat kepimpinan, kenapa? setiap orang adalah ketua (khalifah) di muka bumi ni.

Membaca mampu menggalak kan pertumbuhan otak. Otak~ Otaak~ (cerita zombie kampung pisang). Mesin akan mudah rosak kalau selalu guna, tapi otak manusia akan jadi lebih baik kalau selalu guna.Antara alasan aku tulis dalam Bahasa Malaysia(BM) sebab di internet kurang informasi dalam BM. Pernah adik aku (die nak jd professor, tapi kuat tido) nak buat kajian tentang rekaan roket air dan carik maklumat di internet, tapi die tak faham Bahasa inggeris. Ada orang pandai mencipta, menjahit, buat rumah, berniaga, tapi tak pandai berbahasa.Aku harap ramai orang mengusahakan pertejemahan bahasa ni, macam negara Jepun walaupun tak geti berbahasa ingerris tapi dipandang dimata dunia. Aku pun pernah terasa hati bila pergi kedai buku, kurang buku BM ni. Jadi antara cara nak bantu tingkat pemikiran ialah membaca, supaya mampu membeza kan arus perdana yang berat sebelah.

Ini senarai pautan yang aku selalu click berkenaan isu semasa.
"Aku Sayang Malaysia"

p/s:Dulu2 buku diperbuat dari kayu, tapi buku nota aku buat dari logam. siap boleh access internet lg kih3

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

2 ulasan:

  1. Kalau tengok perkembangan terkini semenjak Blog jadi satu trend @ budaya kat Malaysia, rakyat Malaysia lebih gemar membaca blog (media alternatif) berbanding arus perdana.

    Sume ni menjadikan tekanan kat Media Arus Perdana. Dah terbalik, x mcm dulu pihak alternatif yang tertekan.

    Media perdana tetap penting kerana sumber beritanya berdasarkan fakta berbanding blog yang majoriti lebih menjurus ke arah pemikiran penulis yang bukan 'ahli'nya.

    Apa yang mengancam Media Arus Perdana ialah TIADA keterbukaan dan keseimbangan dalam menyalurkan maklumat. Sebab tu ramai yang banned Media Arus Perdana.

    Kalau dah duduk kawasan sekitar KL @ Selangor tu, contoh sumber berita yang bagus ialah Sinar Harian. Dua2 pihak dia gtau. Ni contoh bagus tapi masih perlu dikemaskini konsepnya.


    www.neorackle.com

    BalasPadam
  2. neorackle aku takde la sampai ban Arus perdana tengok jugak berita RTM TV3, cuma risau ada yang tak tau yang arus perdana sekarang berat sebelah. jadi jangan dengar sebelah pihak je.

    BalasPadam