Rabu, 10 September 2008

Apa rawatan penyakit demam Chikungunya ?

" I have to take care of my father. He just got Chikungunya fever and his movement is limited "

itu yang aku bagi reason dalam leave application nak amik cuti smalam. Demam Chikungunya ni merupa kan penyakit yang menyerang sendi2. virus ni boleh dapat dari gigitan nyamuk. macam mana virus ni merebak? tengok sendiri diagram kat bawah ni.

Merbahaya ke penyakit ini?
setakat dari apa yang aku baca, kadar kematian sangat sedikit. tetapi untuk warga tua yang menghidap penyakit ini berisiko tinggi dengan kematian.

Cara rawatan
tiada lagi Vaksin atau pun ubat yang khusus dalam menyembuh kan penyakit ni (buat masa sekarang). setakat ini, ayah aku cume makan panadol, banyak kan rehat, banyak kan minum air masak, dan cara lain yang boleh reda kan demam.

Simptom
paling biasa-demam,sakit kepala, keletihan, loya, muntah, ruam, sakit sendi dan otot. simptom-simptom boleh berlarutan dari beberapa hari ke beberapa minggu

Nak kongsi bersama
mula2 ayah ade mengadu mase solat terawikh die ade sakit2 sendi nak ruku' dengan sujud. tak lama lepas tu die kata pulak yang die susah nak genggam tangan, bile die genggam tangan je rasa sakit. segala sambungan sendi2 dia sakit. lepas itu, mase nak sahur, dia mengadu pulak sakit2 badan, nak bangun dari baring tak boleh , nak suap nasik masuk mulut pon die cakap susah dan sakit.sebelum ni aku and family gelak kan die kene kurap dekat belakang badan, yela ade seketol kat belakang badan, then rupa2 nya tu kesan gigitan nyamuk pembawa Chikungunya.

waktu subuh tu aku perasan suhu badan ayah aku semacam je panas. ayah pun pergi masuk tidur, aku pon bertambah curious dan terlintas pulak nak cari artikel Chikungunya. sampai siang aku baca, setakat ni simptom ayah dengan chingunya lebih kurang je, tapi macam tak banyak. so aku suspek la ayah memang sakit tangan (sebelum ni ayah operation tangan dan tak boleh angkat tangan jugak). lepas tu dah nak pergi keje, aku pon jenguk la ayah yang tengah tidur tu

aku perasan badan die macam makin panas. badan die hampir satu badan mengerutu mcm kene ruam. aku pon dengan selamber kodok kejut ayah aku, "ayah kene demam Chikungunya la, tu la dulu kate rumah kite nyamuk jinak2." ayah aku balas senyum je sambil mata pejam.

memang waktu tu dah gembar gembur pasal penyakit ni. tak suspek plak ayah kene, sebab family kitaorg tak pernah kene penyakit berkaitan dengan nyamuk. setahu aku la, nyamuk kampung jinak sikit dari nyamuk2 bandar. tapi rupa nya tak juga. dah name nyamuk, pembawa virus la jawabnye.

lepas tu aku pon telepon Supervisor aku Kak Ros. "hari ni tak dapat datang kerja, ayah kene demam chikungunya" "ha ok, satu hari?" tanye kak Ros. "aah" aku balas. dalam hati aku, wa best gak dapat cuti.habis call tu aku pon mula kan operasi nyamuk, iaitu membuat pembakaran secara terbuka besar besaran di belakang rumah aku. membuat asap dengan bakar sampah daun2 kering mampu menghalau nyamuk di kelapa sawit dan kebun2 getah di belakang rumah aku dalam radius 100 meter.

malam tadi kakak check suhu ayah guna termometer. suhu demam ayah dekat 40-41 darjah Celsius . mula2 kakak suggest hantar ayah pergi hospital, lepas ibu call kawan2 die dan klinik Jasin, dekat hospital dengan klinik tak ada ubat pon. cuma rawat macam pesakit demam denggi je. so , decided, ayah tak masuk hospital. tuala basah di letak kan di kepala, leher dan badan untuk kurang kan panas demam ayah. kalau demam terlalu panas, mata boleh jadi kelabu. sebab sebahagian besar mata kita terdiri daripada protein, boleh masak macam telur masak .cume tak boleh di makan macam telur masak je. selain tu demam yang terlalu panas pon boleh memberi kesan dekat otak. jadi kawal demam pesakit kalau demam terlalu panas. suhu normal badan manusia 37 darjah celcius, demam biasa 38 darjah celcius, demam luar biasa lebih dari 38 darjah celcius.

bak kata pepatah, air yang tenang jangan sangka tiada buaya. kampung yang nyaman jangan sangka tiada nyamuk Chikunguya. ada beberapa negeri macam johor, melaka perak yang ade virus ni. tapi jangan lupa pepatah tu, negeri mana2 pon boleh merebak. walaupun demam ni sangat rendah kadar kematian, tapi kadar yang terkena penyakit ni tinggi. si pengidap pula akan terseksa dengan sakit2 sendi. betul , nampak terseksa.

di sini aku lampir kan sumber2 dalam bahasa melayu yang boleh dijadi kan rujukan tentang virus ni.
sumber 1
sumber 2
sumber 3

p/s: hari ni bday amir ahli sepit baju yg lebat~ dan aini fadilah. kalo x silap la, happy bday~

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

2 ulasan:

  1. gemok gile nyamuk tuh.
    lens macro kaw2..

    BalasPadam
  2. ubat penyakit ni kunyah ciku tiga kali sehari.. minum air kelapa.. kerana kelapa mengandungi zat kalium yg banyak..membantu melawan penyakit..

    BalasPadam