Jumaat, 5 September 2008

TV3 - Dr Osman Pusrawi doktor liwat yang berani

Semalam sedang sibuk aku tolong ibu setle kan juada puasa, aku terlupa pulak nak tengok Edisi 7. Selepas berbuka dengan lauk masak asam daging, aku pon tunggu la berita buletin utama. keluar la pasal Dr Osman. dari berita tu aku dapat statement dari dia,
"Saya hanya melakukan tugas saya sebagai doctor ,dan tidak terlibat dalam politik. Saya hanya bercakap benar dan tidak pernah melanggar etika professional"
aku pon kurang berpuas hati la sebab kenapa pendek sangat ulasan Dr. Osman .(dah faham dah dengan tabiat berita TV3 ni)
td lepas subuh, aku pon surf la blog si hanief. dalam malaysianews ada juga akuan Dr Osman yang tajuk nya "Pakar Liwat Muncul". Berita Edisi 7 tu panjang sikit berbanding Buletin Utama. juga ada statement ini



"Saya mengesah kan ia adalah salinan benar akuan bersumpah saya dan kandunganya adalah betul"

lepas tu dengan panjang aku cakap "oooooo ok "

walau ape2 pon terima kasih la dekat hanief nih, aku tak sempat nak tengok edisi 7 semalam hohoho

walau apa pon tindakan Dr. Osman ni aku kagum. tak ramai pihak sekarang ni yang berani kerana benar.


p/s: Nik Aziz cakap kasar, Hadi tu menakut kan, Anwar jahat, Mahathir je betul. tp skarang persepsi tu dah berubah. Nik Aziz hebat orangnya tak seperti yang digembar gembur kan. aku sekarang lebih kagum dengan pemimpin2 pakatan Rakyat. Nizar, Nik Aziz, Anwar, Hadi, wan Azizah, Lim Kit Siang. kagum dengan semangat juang mereka. Ali Rostam pun ok jugak(peramah) rajin turun padang ambil tahu hal rakyat Melaka. so tugas rakyat, pilih la pemimpin2 yang betul2 boleh mencorak pemikiran rakyat.


"Aku Sayang Malaysia!!!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan