KEJUMA terdiri dari pada fotografer senior yang kisah dulu2 nya bergelumang dengan dunia camera filem. Kelab ini ada kait mengait dengan Angkatan Seni Foto Nasional, ASFON. Aku pun tak berapa faham(maklum la generasi baru) kait mengait KEJUMA dengan ASFON. KEJUMA antara kelab yang di kenali pada zaman SLR filem, kini terpaksa memerah keringat untuk bersaing dalam era digital.
Pakcik Alias merupakan penasihat kelab, tak jemu2 mengajar photography(siyes rumah die memang artistic, kagum2). Kalau tak silap aku P.Alias la yang teman kan ayah beli camera SLR Film pertama, Yashika pada tahun1980 an. Waktu tu belajar fotografi memang susah, dan ayah cuba mencebur kan diri dalam bidang ni sekitar tahun 1985 dengan jenama Talib Video Melaka (gambor aku kecik2 memang banyak hahaha). Ayah pun pernah di lantik jadi naib president KEJUMA, (siyes yang ni pun aku baru tau), tapi sekarang tak pegang jawatan lagi. Tahun ini penjenamaan semula Talib Video(1990) kepada Cahayanika(2008, baru 5 bulan)
Dulu aku malu tengok ayah aku bawak camera besar2 ni pegi Zoo atau jalan2. Yela orang lain bawak kecik2 je camera. Sekarang orang ramai plak nak beli camera besar ni. Yela dah digital dan senang nak guna.
Walau ape pun, aku kagum dengan perjuangan seni foto KEJUMA. Lame kot perjuangan dieorang. Tak akan ada yang baru kalau tak ada yang lama. InsyaAllah aku akan cuba beri sokongan kat Kelab jurufoto tu. Memang betul, susah untuk orang lama bersaing dalam Era digital ni. Tapi pengalaman mereka tentang fotografi memang banyak. Kombinasi golongan baru dan lama adalah kombinasi terbaik dalam satu2 organisasi.
Organisasi ibarat unggun api, untuk memasti kan api sentiasa marak, unggun kayu api BARU dan bara api LAMA di perlu kan.
Mengkaji sejarah mampu meningkat kan jati diri. (siyes subjek ni paling aku benci kat sekolah). Kepada juruphoto2 yang professional dan bukan professional, baru dan lama, amat la molek sekira nya sama2 berkongsi pendapat dalam apa2 medium sekali pun (blog, perjumpaan, perbincangan dan sebangainya). Aku tengok komuniti fotografer Malaysia makin bertambah, ni menunjuk kan perkembangan sihat rakyat Malaysia :)
p/s: Ibu aku penah cakap kat aku, kejayaan sekarang adalah hasil susah payah orang2 lama. Aku blur ape dia cakap, rupe nya same je dengan pepatah, 1000 langkah di mula kan dengan langkah pertama hahaha.
ko mmg dewa sejarah.
BalasPadamZhee aku tuju kan lagi Tomok, new boy untuk ko.Lagu yang ko slalu layan dalam bilik
BalasPadamSejarah mungkin berulang~
peghhh..best btul ^^
BalasPadamhahha..
BalasPadambest best
Lihat update di sini http://kejuma.com/blog/?page_id=6
BalasPadamnak beli camera satu lepas ni.. aihhh
BalasPadamBaru nk menceburi bidang ni.. Mana nk amik klass dslr kat melaka..?
BalasPadam