Rabu, 24 Disember 2008

Gambar kegemaran aku

Aku tak pernah buat tag bile orang tag aku. Maaf ye, aku kurang minat buat tag2 ni, tapi aku minat baca tag orang lain kih3. Nak di jadi kan cerita, aku baca blog Pek pagi tadi, die tag aku. Tiba2 aku terfikir, gambar2 kegemaran aku.

Setiap orang ada gambar kegemaran masing2. Gambar kegemaran aku ialah gambar yang memberi impak dalam mencorak kan hidup aku. Kalau dari aspek yang meluas orang akan suka gambar yang cantik, tapi dari aspek individu gambar kenangan la yang menjadi pilihan hati.

Jadi antara gambar kegemaran yang memberi sentimental value ialah


Pahit manis pengalaman Minggu Aluan Siswa sebagai Assistant Director 2 dan President Kelab Media dan Teknologi (2007-2008). Lebih banyak mulut yang berkata2 berbanding tangan yang menghulur kan bantuan. Minggu Aluan Siswa termanis yang pernah aku join.


Di iktiraf Kelab Terbaik. Antara impian aku yang tercapai. Aku agak terkejut semasa nama kelab di panggil pada malam anugerah koku UTP. En Meor (Penasihat Kelab) kejap2 tanya aku datang ke tak malam tu. Rupa nya ada udang di sebalik batu. Pengiktirafan ini untuk semua warga Kelab Media dan Teknologi . Organisasi ibarat unggun api.


Pengalaman pertama aku menjadi ketua fasilitator bersama 40 orang pelajar antarabangsa dan tempatan dalam Mission Awareness Program3. Terima kasih kerana memberi kepercayaan dalam memikul tanggungjawab ni. Kali pertama aku cakap orang putih di khalayak ramai mase EduCamp (interview untuk Biasiswa PETRONAS July 2005) Riak wajah orang ramai mase tu kelihatan tak paham ape yang aku cakap kat depan(itu kisah EduCamp dulu). Tanggungjawab sebagai ketua fasilitator MAP3 ini lah yang menambah kan lagi keyakinan aku bebahasa Inggeris.


Gambar ini lah yang mencetus kan SepitBaju budak2 peminat photog. (Ejat tengah amik gambar) hahaha. Nama Sepit baju ni tercetus sebab atas konsep camera filem dulu2, jurugambar cuci gambar di dalam bilik gelap. Kemudian lepas cuci gambar tu, gambar akan di gantung. Biasa nya sepit baju la yang di guna kan hahaha.


Kawan sekelas tingkatan 4 dan 5 SMKAM. Teacher Razlina banyak memberi dorongan dalam kelas. Best student sekolah aku waktu SPM 2004 ialah 8A. Sememang nya sekolah luar bandar kurang pendedahan dalam menimba ilmu. Tapi aku beruntung dalam kelas aku, ramai orang yang cekal dalam dugaan hidup. T. Raz selalu cakap, "Future Dr. ada, bakal Cikgu ada, IT specialist ada, peguam ada, Akauntan ada, Driver Kapal(MISC) ada askar pun ada". Semoga berjaya mencapai cita2 hidup.


Gambar waktu ni aku jadi naik president kelab Seni Silat Pukulan Melaka. Silat banyak mengajar aku erti keberanian, sifat rendah diri , disiplin dan cinta kan Seni Warisan. Hj Mokhtar merupakan Guru Silat yang aku kagumi sampai sekarang. Dulu aku belajar silat setiap malam jumaat secara percuma. Di tempat aku kebiasaan nya silat tak ada yuran2 yang khusus. Walau pun di beri ilmu secara percuma, warisan seni mempertahan kan diri ni dah kurang peminat nya (mungkin sebab lasak kot).


Ini gambar housemate aku yang muhibah hahaha. Seronok ada housemate yang sekepala. Gambar ni di ambil di MC D Ipoh, celebrate Chinese New year Zhan Peng dan Kian.


Penonton Kembara Sufi VI. MasyaAllah.... berdebar aku waktu malam tu tengok penonton dan dalam masa yang sama bersyukur. Pengalaman menjadi Pengarah projek konsert nasyid Kembara Sufi banyak memberi kesan dalam diri aku dari segi Rohani. Aku sedar aku kurang pendedahan agama, namun aku kecewa kepada mereka yang (konon nya) pendakwah meminggir kan golongan2 yang mereka kata kan rosak akhlak. Kalau mereka rosak akhlak, bimbing la mereka. Konsert ni aku lebih mengenali organisasi Rakan Masjid walaupun aku bukan ahli. Abang Amir president RM ketika tu, very supportive dalam menyelesaikan masalah(TQ to Bro Noti jugak).


Gambar ini memang sangat memberi kenangan pahit dalam hidup aku. Bukan kerana orang2 dalam gambar ni atau pun media class, tapi situasi pada ketika itu. Tak ramai yang tahu rahsia yang terpaksa aku pikul waktu tu. Aku tak boleh bagitau sape2, aku memang kene harungi sendiri. Kejadian mase tu menjadi kan aku lebih berhati2. Luaran diri aku normal seperti biasa, tapi dalaman aku adalah sebalik nya.

p/s: asam garam kehidupan. Sedang kan ibu aku masak pon kadang2 lebih garam dengan asam, ini kan pulak kehidupan lalalala~

2 ulasan:

  1. Ciketon fazya, senang je nak amik gambar lompat2. tips die

    ready 1 2 3 LOMPAT~ SNAP
    ok one more
    ready 1 2 3 LOMPAT~ SNAP lagi
    ok one more lagi
    ready 1 2 3 LOMPAT~ SNAP

    Amik la gambar 4 5 kali untuk gambar lompat tu. macam gambar kat depan masjid and media facilitator tu kalau nak tau, kitorang amik lebih dari 5 kali. guna camera compact pon bleh bwat :)

    BalasPadam