Aku tak tau ape perasaan aku sekarang ni.
Hari ini merupakan kali pertama aku menjejak kaki di wad Intensive Care Unit (ICU). Sebelum ni memang aku tak pernah pergi wad unit rawatan rapi. Pukul 7.45pm tadi adik aku Amin di masuk kan ke ICU sebab jumlah sel platlet Amin terlalu rendah . Demam denggi akan menyebab kan pesakit kekurangan sel platlet (sel darah putih)
Hari pertama hospital
Aku sampai Melaka dalam pukul 11 malam khamis, dan terus teman kan amin di wad sampai pagi. Sememang nya topik yang amin akan cerita, pengalaman dia di Unisel. Dia pun cerita jugak pengalaman dia jumpa Jurufoto Saiful Nang di Rumah Pengasih dalam dua minggu yang lepas anjuran Program Sihat Remaja. Dia sempat jugak bergambar dengan Orked anak Saiful Nang. Mase awal program dia tak tau pun Orked tu anak Saiful. Dari apa yang amin cerita kan tentang Saiful Nang, aku bertambah kagum dengan usahawan muda tu dalam kerja2 kebajikan masyarakat. Amin memang bersemangat dengan benda2 yang melibat kan bidang dia.
Hari kedua hospital
Demam amin dah beransur pulih. Dia komplen yang darah dia asik2 kene amik. Aku cuma nasihat kan yang doktor cuma nak analisis virus dalam badan je. Amin nampak sihat dari mata kasar. Tapi kandungan sel darah putih semakin berkurangan dari semasa ke semasa. Semua nya nampak macam biase je. Aku tak sangka perkara ni berlaku dalam gelak tawa
Hari ketiga hospital
Doktor saran kan Amin masuk ke ICU sebab kandungan sel darah putih Amin menghampiri tahap bahaya. Sel Darah putih memain kan peranan sebagai system pertahanan badan. Badan manusia mudah terdedah pada infeksi dan pendarahan sekiranya kekurangan sel darah putih. Aku terkejut sampai macam tu sekali virus denggi menyerang. Walau ape pun mungkin ini jalan terbaik untuk adik aku. Kerisauan aku bertambah bila tengok pesakit2 dalam wad ICU.
Amin di masuk kan ke ICU Orked, Hospital Besar Melaka.
Aku bisik kat Amin, yang dua minggu lepas, dia baru je jumpa dengan Orked Saiful, dan hari ini dia berada kat Unit Rawatan Rapi Orked plak. Aku sentiasa beri dia dorongan dalam mengejar cita2 sebagai jurugambar professional. InsyaAllah.
Di wad ICU , agak terbatas untuk aku sekeluarga melawat Amin. Di ICU hanya 2 pelawat saja di benar kan melawat pesakit. Aku harap dia sentiasa tabah dengan dugaan yang dia tengah hadapi. Esok pagi aku sekeluarga akan pergi melawat dia lagi.
Semoga aku sekeluarga tabah dan Amin sembuh dari demam denggi.Aku pun harap mereka yang tinggal di kawasan denggi berjaga2 dengan nyamuk. Nyamuk haiwan pembunuh no 1
p/s: Aku tak tau ape sebenar nya yang aku tengah rasa sekarang ni