Isnin, 2 Februari 2009

Hujung minggu semalam - Memory Lane

Semalam hari ahad. Antara hujung minggu yang best di UTP. Aktiviti outing bersama geng kaki photo UTP ke bandar Ipoh Lokkin, Memory lane. Dari ape yang aku tahu, Kaki photo UTP adalah kumpulan pelajar UTP yang minat dalam photography yang bergerak secara independant dan tak terikat dengan Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar,JPSP UTP. Medium communication dieorang kebiasaan ialah chenel #kakiphoto mIRC (Internal network) dan jugak Forum Kampung5 (Internal Network). Masa outing bukan setakat geng UTP je, pensyarah dari Politeknik dan photog Ipoh pon join sekaki.

Sebenar nya kawasan Lokkin merupakan tempat menjual barang2 terpakai. Yang unik nye, tempat tu bukan je jual barangan terpakai biase, malah banyak barang2 antik yang sukar nak jumpa pun ade. Terutama nya duit2 lama dan jugak perkakas2 lama. Pergh memang unik beb, sesuai nak di jadi kan kawasan jalan2 atau pun fotografi.
Sumber gambar : Orang bersesak2 di Memory Lane

Aku pun tak berapa pasti waktu pasar pagi tu beroperasi, bertolak dari UTP pukul 7 pagi dan sampai ke destinasi dalam 7.45 pagi. Peniaga2 situ pun baru nak setup gerai masing2. Dalam anggaran pkol 9 orang dah bersesak2, ape nak buat kawasan tu memang unik untuk cuci mata. Sebenar nye ini kali ke 2 aku singgah lokkin, tapi kali ni lebih meriah skit sebab keluar dengan budak2 kaki photo. Kalau tak silap aku 7 kereta bdak UTP yang konvoi ke lokkin nih.

Sumber gambar: Aku usha pedang guna video beb

Tak lame lepas tu, dalam pkol 9.30 pagi aku kene balik UTP untuk sharing session photography dengan student UniKL lumut. Aku di jemput Kelab Medtech untuk hadir sharing session dari lawatan UniKL lumut. Walau pun agak last minit dan tak brape prepare dalam sharing session in photography. Tapi alhamdulillah feedback positive dari dieorang. Seronok dapat berkenalan dengan geng2 photo dari UniKL

Ramai sebenar nye yang berbakat dalam photography. Harapan aku lepas sharing session Kelab Fotografi UniKL Lumut, mungkin lepas ni Medtech boleh buat photography sharing session di kalangan bdak2 UTP. Ape yang aku pasti bdak2 kaki photo UTP tak suka melibat pihak pengurusan, tambahan plak ada beberapa perkara wajib buat seperti Anual general meeting, report dan bla3. Ini aku panggil kerenah birokrasi hahaha.Walaubagaimanapun, geng2 photo UTP ni kebanyakan nya mempunyai deep passion about photography. Seriously teknikal knowledge dieorang memang aku kagum

Thank you Kaki Photo geng, UTP Medtech Club, UniKL MiPhom club

p/s: mase outing, aku bawak camera video. Camera aku adik aku pinjam sebab sem ni die belajar perlu kan camera. Video pon aku layan jugak lalala~

6 ulasan:

  1. top the pop layan, ramai je bebudak yg bersemangat g outing

    BalasPadam
  2. iman adalah wartawan hiburan yang menerjah kehidupan artis tak glemer seperti saya.

    BalasPadam
  3. woit curi gambar aku ek...hahahaha...nice to know u all :)

    BalasPadam
  4. aku nk video.
    cepat edit!

    BalasPadam
  5. oih..aku nk gak video..dah a sorg pun tak kejut aku..dem..

    BalasPadam