Isnin, 15 September 2008

Pesakit demam chikungunya ke Hospital Besar Melaka

Kelmarin, sedara mara datang melawat ayah yang tengah demam chikungunya. ramai la jugak yang datang melawat ayah. ayah macam biasa , simptom2 yang di alami, demam panas dalam 39 ke 40 darjah celcius, muntah2, sakit2 sendi dan tak ada selera makan. sedara yang datang keluarga mak ibik dan mak teh. kak nana pulak bawak orang baru dalam keluarga die. sampai skarang aku asik lupe name baby tu.

yang lain buat hal masing2. rumah aku dah macam cybercafe dah.ayah waktu tu masih nampak sihat lagi. die la yang banyak bercakap dengan tetamu. die memang suke bercakap. kalau die bercakap, susah jugak la nak berhenti.

tiba2 ayah yang sibuk melayan tetamu die rasa tak sedap badan. dari apa yang die cerita, tiba2 mulut die ter "mengigil" sambil keluar kan bunyi blup3. die pon tutup mulut die dengan tangan .

ayah kemudian pergi ke bilik die sebab die rasa yang mulut die masih menggigil lagi. aku plak masih sibuk dengan sedara mara lain dengan laptop kesayangan xps M1330. ayah melangkah pelahan2 masuk ke bilik die. die masih lagi sakit2 sendi dan susah nak jalan.

tiba2 azam panggil aku, "Abang iman, tengok ayah ni, die menggigil je.". aku pun pergi tengok ayah di bilik die. waktu tu amin tengah urut ayah, dan sedara mara lain semua tengok ayah tengah duduk menggigil.


aku pun terus urut ayah. kaki dan tangan die sejuk, tetapi dahi masih lagi panas demam. ayah menggigil lama jugak la. bukan menggigil biase, macam orang kene parkinson pun ya. tak lama lepas tu, bibir ayah jadi pucat macam tak makan. padahal die la yang tak puase. walaupun die ada lesen makan nasik dan minum air yang lazat2, tapi selera tu semua tertutup sebab bibir dan lidah die pecah.

kalau orang biasa yang buat2 menggigil , memang penat wo. tapi ayah menggigil dalam mase lebih kurang 3-4 minit. lame jugak la.setakat ni dari apa yang aku baca, demam chikungunya tak menyebabkan pesakit nya menggigil. jadi ibu pun panggil ambulans. ayah masih lagi mengigil lepas ambulans sampai. tapi lepas naik atas ambulans, ayah dah tak menggigil.


waktu dalam ambulans tu baru nampak die lega sikit. kalau tak, macam orang kene parkinson. tu yang bila amik gambar die boleh angkat tangan kat semua orang. terpengaruh dengan ahli politik la tu. akak pon sibuk tanye pesakit "Ic ayah mane, cermin mata?". ambulans dari klinik air molek hantar ayah ke hospital besar Melaka. ibu dengan amin yang teman kan ayah, naik ambulans. aku akak dan azam naik kereta ke hospital.


tapi lepas pergi hospital, doctor cume bagi makan ubat je.tak ingat pulak ubat ape yang die bagi. di sebab kan pesakit chikungunya dah semacam ramai di Melaka, jadi doctor tak bercadang ayah di tahan wad. dalam hati aku, lega jugak la ayah tak kene tahan wad. susah jugak kalau nak pergi balik hospital. ibu plak kerja nurse, jadi rumah aku jadi la rumah sakit. segala enjit2 semut dan masuk air semua ibu buat sendiri. terlintas jugak dalam hati aku nak kahwin dengan doctor ataupun jururawat. senang kalau aku kene chikungunya, tak payah kene tahan wad hehehe.

hari tu sempat pulak ibu dengan akak buat nasik ayam. sebelum ni nak buat nasik ayam asyik tak jadi je. dah berapa tahun kot ibu tak buat nasik ayam. pak E dan mak E datang ziarah dan berbuka puasa sama2 kitorang. Jiran2 pon ada yang telefon tanye khabar. Terima kasih

dari pemerhatian aku, simptom2 demam ni
- Bibir atau lidah pecah
- loya dan hilang selera makan
- muntah2
- sakit2 sendi
- ruam kemerahan
- kesukaran untuk berjalan dan menggengam
- mengigil
- demam sekitar 39- 41 darjah celcius.

aku kesian jiran aku, die orang tua. tinggal berdua je. dan dua2 kene demam chikungunya.seperti biasa sebelum berbuka puasa dah jadi kebiasaan untuk bertukar2 juadah. bila datang rumah die, si isteri yang tdlam keadaan duduk (tak boleh bangun) sedang memasak pisang goreng. untuk suami mereka berdua berbuka pisang goreng je. nilai kejiranan mampu memupuk rasa kesyukuran di bulan mulia ni. walaupun kita rasa diri kita susah, sebenar nya ada lagi yang lebih susah. Marilah sama2 mendoa kan pengidap demam chikungunya cepat sembuh. memang menderita sakit ni, terutama sekali kalau orang tua yang kene.

sumber rujukan kementerian kesihatan

p/s:ayah dah beransur pulih sekarang selepas seminggu

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

7 ulasan:

  1. haha.. kesiannye, makcik aku pun ade kene demam 2.. x bleh nak bangun, kene gune kerusi roda, aku amik link ko ni eh. tambah kat list aku. okeyh.nice. jangan lupe dtg raye rumah aku gak.. permatang pasir. okeyh!selamat berpuasa

    BalasPadam
  2. peringatan utk orang melaka, bunuh nyamuk hehehe

    BalasPadam
  3. waaa..
    mcm pnh dgr demam spisis nih..
    dan skang baru phm blk..
    haha..
    bawaan nyamuk ape eyh?..

    BalasPadam
  4. Salam Nuriman,

    Oh, semoga bapak ko cepat baik.

    Btw kalau aku, aku suruh je dr tahan bapak ko sampai dia betul2 baik kat hospital. Bukan apa, takut kat rumah, nyamuk gigit lagi ke, miss makan ubat ke...

    2 tahun lepas mak aku kena denggi, ngam2 2 minggu sebelum final exam. Memang rasa down. Lagi2 sebab mak aku iron lady. Bila tengok iron lady pun boleh sakit dan tak selera makan, memang aku down sangat2. Time tu baru aku rasa, hooo... Tuhan je yang tau. Platlet dia rendah sangat2, apa2 boleh terjadi.

    3 hari tak mandi tak nak balik rumah, sampai je kuantan dari tronoh. Sebab nak duduk kat hospital sebelah mak je. Last2, hari ketiga mak aku suruh balik. Sebab dia tak tahan bau masam.. Haha.. (tapi tetap control macho. Ada nurse trainee cun giler)

    Apapun, be strong dan make sure ayah ko makan ubat, supplement dan segala jenis benda yang boleh di makan.

    Majulah Malaysia tanpa nyamuk.. hehe..


    Sabri

    BalasPadam
  5. tula Sabri, mase ayah aku sakit ibu aku jaga. ibu aku memang terer bab jaga2 orang. aku takut ibu aku sakit plak. that's why operasi basmi nyamuk besar2an dekat rumah aku.

    BalasPadam
  6. Sila Layari http://fma2u.blogspot.com
    InsyaAllah kami akan membantu merawat kesengsaraan demam virus ini

    BalasPadam
  7. kepada firatech, saya ingin mengucap kan terima kasih atas email prihatin terhadap kesihatan ayah saya. untuk pengetahuan ayah saya beransur pulih selepas 2 minggu dengan rawatan hospital(ibu saya seorang jururawat). namun demikian beliau masih lagi mengalami kesan2 sampingan seperti bengkak2 tangan.

    ramai juga yang menawar kan pelbangai ubatan, ayah saya ada mencuba satu ubat tu dalam bentuk cecair, hadiah dari saudara(kami memang tak makan ubatan luar). tapi ayah saya pun cuba la ubat tu.

    menarik nya ubat tu dapat membantu mengurang kan sakit2 sendi ayah saya. tak lama lepas tu, sakit datang balik bila lama tak makan ubat tu. apa yang saya khuatir ialah steroid iaitu dadah yang mana dapat mengurang kan gejala2 sakit tersebut dan pada masa yang sama boleh mengundang gejala lain.

    selepas saya tengok ubat tersebut, apa yang saya dapati, ubat tersebut lebih memberitahu kebaikan untuk sengal2 sendi, sakit badan, gaut, demam , bla3 dan bla3. tapi tak ada sebut pun apakah bahan saintifik yang digunakan dalam ubat tersebut.

    saya nasihat kan kepada yang membaca blog ini agak mendapat kan rawatan doktor yang bertauliah. memandang kan demam ini semakin luas tersebar, ramai pihak ingin mengambil kesempatan.

    jadilah pesakit yang bijak~ lalala

    BalasPadam