Selasa, 30 Disember 2008

Sandiwara hidup emak dan anak anak - Selamat tinggal 2008

Sebenar nya aku ade banyak report nak kene buat. Aku dah penat menaip dalam bahasa omputih .Sekarang aku nak tulis bahasa Malaysia kat blog aku. Aku selalu dengar cerita orang dan suka ambil ikhtibar. Sebelum terus kan membaca, cuba tanya balik dalam diri. Mak tengah buat sekarang ni? adakah dia masih dapat menarik nafas sedalam dalam nye? Atau dia.....

Sebelum ni aku cuma dengar cerita "emak boleh jaga ramai anak, tapi  ramai anak susah menjaga seorang emak". Mungkin ada komitment lain bila dah besar, suami, isteri, keluarga anak2 atau pekerjaan. Tahun ini aku sendiri menyaksi kan drama bersiri ini.

Emak itu memerah keringat untuk menyara 14 orang anak2. Macam2 pekerjaan di laku kan,banting padi di sawah, terima upah basuh pakaian, jual kueh mueh dan sebagai nya, zaman dulu susah sangat. Sebagai insan yang melahir kan zuriat, dia hanya ingin kan kebahagiaan anak2 mereka tercapai. Tanggungjawab itu berat sekali. Tapi apa balasan sang anak?

Aku kagum melihat anak yang gigih menjaga dan mengisi sisa hidup emak nya. Hari ini dia menangis.

Bila angkat tudung saji, lauk2 sudah basi...
Kerana si emak cuma mampu duduk

Bila di tolak pintu bilik air, tahi bersepah2...
Kerana si emak ketandusan kudrat.

Bila si emak menangis, merungut, menjerit, tercungap2, 
Si anak ......"Biase la, dia dah tua"
Kerana si emak tidak lagi menikmati pemikiran yang waras

Macam mana semua ni masih berlaku?

Ada lagi ke perkara ni berlaku?
eh macam drama melayu je
Boring la.... jalan cerita sama....

Ye memang boring dan jalan cerita sama. Tapi ia tetap berlaku....

Kadang2 aku sedih dengan anak2 yang berbulan tak jenguk emak nya.
Tapi aku kagum dengan anak2 yang mencuri kesibukan harian untuk emak nya

......................
...........
..........
.......
........

Tanya diri ini, masih ada lagi kah ruang masa untuk ibu bapa? gunakan sebaik mungkin selagi ruang itu masih ada. Sekira nya mereka masih ada , jangan biar kan mereka mengemis kasih dalam saki baki kehidupan mereka.

Dari apa yang aku tahu, ibu bapa seronok menghabis kan hidup bersama2 berita anak2. Aku sendiri pernah jumpa individu yang boleh dikata kan berjaya dalam hidup, tapi setiap minggu hari sabtu, dia akan balik ke rumah bapa nya di Ipoh perak sekadar untuk berborak. Dia akan sedia kan ruang masa itu untuk ibu bapa beliau. Aku kalau jumpa warga emas, aku akan cari idea untuk berborak dengan mereka. Mereka bukan lagi golongan yang gila kan gadget2 electronik terkini, atau suka mendengar gosip2 artis atau pun mengikuti perkembangan barang2 berjenama. Mereka cuma mahu difahami. 

Jangan abai kan ruang anda bersama ibu bapa, selagi ruang itu masih ada

Iklan ibu bapa biasa nya hari raya je, nasib baik ada youtube



Aku minta maaf kalau buat sesiapa terasa hati dengan artikel ni. Tahun 2008 merupakan tahun yang banyakpengajaran buat aku.

Selamat datang 2009

p/s: Terima kasih yang wish bday. Tahun 2007 wish paling banyak pernah aku dapat, tapi tahun ni lagi banyak dari tahun lepas.Walaupun lambat reply balik, aku tetap reply terima kasih personaly. Terimasih ye

Jumaat, 26 Disember 2008

30 Usahawan Muda berjaya - Tahniah

Aku sememang nya suka mengikuti perkembangan2 mereka dalam menjadi usahawan. Menjadi usahawan memerlu kan ketahanan mental dan fizikal yang mana usahawan memerlu kan ciri2 seorang pemimpin. Untuk memupuk sifat kepimpinan dalam diri sememang nya perkara yang bukan mudah tetapi tak mustahil.

Aku baca di blog Saiful Nang tentang beliau tersenarai dalam 30 usahawan muda Malaysia. Aku rajin usha blog die sebab minat aku lebih kurang sama. Aku pun tak berapa kenal siapa lagi usahawan muda Malaysia yang berjaya. Hari ni aku perasan update dari Fotopages Dr Intan, ada gambar2 usahawan muda yang aku kenal dan pernah jumpe.


Sebelum ni aku pernah berjumpa dengan Safwan Pengarah Teknikal Lescopaque. Die seorang yang agak peramah dan senang berborak dengan dia. Antara perkara yang aku tanya Safwan tentang lescopaque atau lebih dikenali Syarikat animasi Upin dan Ipin ni ialah, "Apa perancangan Lescopaque?". "Mempromosi kan budaya tempatan pada dunia". Ini sedikit sebanyak akan menjadi kan Malaysia mempunyai Identiti tersendiri. Safwan pon cakap beliau akan cuba membuat tayangan movie Upin dan Ipin di serata dunia.

Bile belek2 gambar aku tak tau plak Sabri ade dalam kotak tu. Hahaha. Sebelum ni aku memang tegur Sabri dalam kelas di UTP, sebab dah jadi kebiasaan aku menegur orang di sekeliling aku (ceh konon nye peramah). Satu hari aku pinjam buku usahawan internet dari kawan aku (minat baca buku orang, tapi malas nak beli), terkezut aku tengok "Eh!!! Sabri yang tulis buku usahawan internet ni?". Hari esok nya pergi kelas aku tanya pendapat die secara percuma, "Sabri aku kebiasaan nya sibuk dengan aktiviti kelab, dan tak sempat nak jalan kan kerja2 perniagaan ni. Macam mane nak buat ek?".Dia kata kat aku "Sibuk takpe, janji jangan luntur kan minat dan impian ko"

Hari ni Sabri buat lagi kejutan kat aku "Eh!!! Sabri ada dalam kotak 30 Usahawan Muda berjaya?" hahaha. Sabri merupakan usahawan muda SaifulSham. Tahniah di ucap kan kepada Sabri. Aku nanti kan kejutan selanjut nya hahaha

Jauh lagi perjalanan aku. Pemikiran seperti mereka lah yang di perlu kan dalam memaju kan negara. Mampu berdiri dengan dengan identiti sendiri.Terus kan usaha dan tahniah diucap kan kepada usahawan2 Malaysia, tak kira muda atau pun tua. Tidak ada perkataan "Sudah Terlewat" sekira nya ingin memula kan satu2 perniagaan

"Aku Sayang Malaysia"
p/s: aku akan jadi kan ia acuan aku sendiri

Rabu, 24 Disember 2008

Gambar kegemaran aku

Aku tak pernah buat tag bile orang tag aku. Maaf ye, aku kurang minat buat tag2 ni, tapi aku minat baca tag orang lain kih3. Nak di jadi kan cerita, aku baca blog Pek pagi tadi, die tag aku. Tiba2 aku terfikir, gambar2 kegemaran aku.

Setiap orang ada gambar kegemaran masing2. Gambar kegemaran aku ialah gambar yang memberi impak dalam mencorak kan hidup aku. Kalau dari aspek yang meluas orang akan suka gambar yang cantik, tapi dari aspek individu gambar kenangan la yang menjadi pilihan hati.

Jadi antara gambar kegemaran yang memberi sentimental value ialah


Pahit manis pengalaman Minggu Aluan Siswa sebagai Assistant Director 2 dan President Kelab Media dan Teknologi (2007-2008). Lebih banyak mulut yang berkata2 berbanding tangan yang menghulur kan bantuan. Minggu Aluan Siswa termanis yang pernah aku join.


Di iktiraf Kelab Terbaik. Antara impian aku yang tercapai. Aku agak terkejut semasa nama kelab di panggil pada malam anugerah koku UTP. En Meor (Penasihat Kelab) kejap2 tanya aku datang ke tak malam tu. Rupa nya ada udang di sebalik batu. Pengiktirafan ini untuk semua warga Kelab Media dan Teknologi . Organisasi ibarat unggun api.


Pengalaman pertama aku menjadi ketua fasilitator bersama 40 orang pelajar antarabangsa dan tempatan dalam Mission Awareness Program3. Terima kasih kerana memberi kepercayaan dalam memikul tanggungjawab ni. Kali pertama aku cakap orang putih di khalayak ramai mase EduCamp (interview untuk Biasiswa PETRONAS July 2005) Riak wajah orang ramai mase tu kelihatan tak paham ape yang aku cakap kat depan(itu kisah EduCamp dulu). Tanggungjawab sebagai ketua fasilitator MAP3 ini lah yang menambah kan lagi keyakinan aku bebahasa Inggeris.


Gambar ini lah yang mencetus kan SepitBaju budak2 peminat photog. (Ejat tengah amik gambar) hahaha. Nama Sepit baju ni tercetus sebab atas konsep camera filem dulu2, jurugambar cuci gambar di dalam bilik gelap. Kemudian lepas cuci gambar tu, gambar akan di gantung. Biasa nya sepit baju la yang di guna kan hahaha.


Kawan sekelas tingkatan 4 dan 5 SMKAM. Teacher Razlina banyak memberi dorongan dalam kelas. Best student sekolah aku waktu SPM 2004 ialah 8A. Sememang nya sekolah luar bandar kurang pendedahan dalam menimba ilmu. Tapi aku beruntung dalam kelas aku, ramai orang yang cekal dalam dugaan hidup. T. Raz selalu cakap, "Future Dr. ada, bakal Cikgu ada, IT specialist ada, peguam ada, Akauntan ada, Driver Kapal(MISC) ada askar pun ada". Semoga berjaya mencapai cita2 hidup.


Gambar waktu ni aku jadi naik president kelab Seni Silat Pukulan Melaka. Silat banyak mengajar aku erti keberanian, sifat rendah diri , disiplin dan cinta kan Seni Warisan. Hj Mokhtar merupakan Guru Silat yang aku kagumi sampai sekarang. Dulu aku belajar silat setiap malam jumaat secara percuma. Di tempat aku kebiasaan nya silat tak ada yuran2 yang khusus. Walau pun di beri ilmu secara percuma, warisan seni mempertahan kan diri ni dah kurang peminat nya (mungkin sebab lasak kot).


Ini gambar housemate aku yang muhibah hahaha. Seronok ada housemate yang sekepala. Gambar ni di ambil di MC D Ipoh, celebrate Chinese New year Zhan Peng dan Kian.


Penonton Kembara Sufi VI. MasyaAllah.... berdebar aku waktu malam tu tengok penonton dan dalam masa yang sama bersyukur. Pengalaman menjadi Pengarah projek konsert nasyid Kembara Sufi banyak memberi kesan dalam diri aku dari segi Rohani. Aku sedar aku kurang pendedahan agama, namun aku kecewa kepada mereka yang (konon nya) pendakwah meminggir kan golongan2 yang mereka kata kan rosak akhlak. Kalau mereka rosak akhlak, bimbing la mereka. Konsert ni aku lebih mengenali organisasi Rakan Masjid walaupun aku bukan ahli. Abang Amir president RM ketika tu, very supportive dalam menyelesaikan masalah(TQ to Bro Noti jugak).


Gambar ini memang sangat memberi kenangan pahit dalam hidup aku. Bukan kerana orang2 dalam gambar ni atau pun media class, tapi situasi pada ketika itu. Tak ramai yang tahu rahsia yang terpaksa aku pikul waktu tu. Aku tak boleh bagitau sape2, aku memang kene harungi sendiri. Kejadian mase tu menjadi kan aku lebih berhati2. Luaran diri aku normal seperti biasa, tapi dalaman aku adalah sebalik nya.

p/s: asam garam kehidupan. Sedang kan ibu aku masak pon kadang2 lebih garam dengan asam, ini kan pulak kehidupan lalalala~

Isnin, 22 Disember 2008

Industrial Internship Training - 2nd Visit

Selesai sudah
Terima kasih
AP Dr Abas Md Said
Rosdiyah Dahlan
Christine Lim

Di bawah, gambar slide presentation aku kongsi2












p/s: tak sangka aku present dekat satu jam. Slide sikit je

Jumaat, 19 Disember 2008

KEJUMA - Kelab Jurufoto Melaka

Semalam aku first time datang perjumpaan KEJUMA. Aku dah lame sangat dengar kelab ni, mase aku kecik dulu. Perjumpaan semalam adalah perbincangan mengenai perngiraan harga kos fotografi untuk majlis perkahwinan. Kebanyakan yang hadir adalah senior2 photographer Melaka (antara yang aku kenal, Pakcik Lias, Pakcik Jantan , Pakcik Jasni dengan Pakcik Sidek). Semua tu pangkat pak cik. Sampai sekarang aku tak tau bila sebenar nya KEJUMA di tubuh kan?.

KEJUMA terdiri dari pada fotografer senior yang kisah dulu2 nya bergelumang dengan dunia camera filem. Kelab ini ada kait mengait dengan Angkatan Seni Foto Nasional, ASFON. Aku pun tak berapa faham(maklum la generasi baru) kait mengait KEJUMA dengan ASFON. KEJUMA antara kelab yang di kenali pada zaman SLR filem, kini terpaksa memerah keringat untuk bersaing dalam era digital.


Pakcik Alias merupakan penasihat kelab, tak jemu2 mengajar photography(siyes rumah die memang artistic, kagum2). Kalau tak silap aku P.Alias la yang teman kan ayah beli camera SLR Film pertama, Yashika pada tahun1980 an. Waktu tu belajar fotografi memang susah, dan ayah cuba mencebur kan diri dalam bidang ni sekitar tahun 1985 dengan jenama Talib Video Melaka (gambor aku kecik2 memang banyak hahaha). Ayah pun pernah di lantik jadi naib president KEJUMA, (siyes yang ni pun aku baru tau), tapi sekarang tak pegang jawatan lagi. Tahun ini penjenamaan semula Talib Video(1990) kepada Cahayanika(2008, baru 5 bulan)

Barang2 bersejarah
Dulu aku malu tengok ayah aku bawak camera besar2 ni pegi Zoo atau jalan2. Yela orang lain bawak kecik2 je camera. Sekarang orang ramai plak nak beli camera besar ni. Yela dah digital dan senang nak guna.

Walau ape pun, aku kagum dengan perjuangan seni foto KEJUMA. Lame kot perjuangan dieorang. Tak akan ada yang baru kalau tak ada yang lama. InsyaAllah aku akan cuba beri sokongan kat Kelab jurufoto tu. Memang betul, susah untuk orang lama bersaing dalam Era digital ni. Tapi pengalaman mereka tentang fotografi memang banyak. Kombinasi golongan baru dan lama adalah kombinasi terbaik dalam satu2 organisasi.

Organisasi ibarat unggun api, untuk memasti kan api sentiasa marak, unggun kayu api BARU dan bara api LAMA di perlu kan.

Mengkaji sejarah mampu meningkat kan jati diri. (siyes subjek ni paling aku benci kat sekolah). Kepada juruphoto2 yang professional dan bukan professional, baru dan lama, amat la molek sekira nya sama2 berkongsi pendapat dalam apa2 medium sekali pun (blog, perjumpaan, perbincangan dan sebangainya). Aku tengok komuniti fotografer Malaysia makin bertambah, ni menunjuk kan perkembangan sihat rakyat Malaysia :)


p/s: Ibu aku penah cakap kat aku, kejayaan sekarang adalah hasil susah payah orang2 lama. Aku blur ape dia cakap, rupe nya same je dengan pepatah, 1000 langkah di mula kan dengan langkah pertama hahaha.

Rabu, 17 Disember 2008

Motivasi diri dengan Mee segera

Semalam aku makan mee segera, sebab aku mengidam nak makan. Dah lame tak makan benda yang tak menyihat kan badan. kih3. Ye mee segera memang la tak elok untuk kesihatan badan. Ini kerana ia mengandungi sedikit salutan lilin atau wax pada mee tu. Secara saintifik nya aku tak berapa tahu la macam mana lilin tu ada pada mee tu. Tapi kebiasaan nya lilin memang ada pada makanan segera. Jadi jangan la amal kan makan Mee segera atau makanan segera.

Macam mana mee segera ni mampu motivasi kan diri kita?. Aku memang suka baca kisah2 hidup orang yang berjaya keluar kan diri nya dari kehidupan yang susah. Sebelum ni aku baca buku dare to fail, dari penulis Bili Lim. Dia pernah mengalami hidup susah dan melarat dan terpaksa makan Mee segera untuk hidup.

Hari ni aku plak baca kisah Saiful Nang si photographer CandidSyndrome. Aku dah lama masuk forum Photo Skool, tapi tak rajin post dan lebih suka membaca dan terus praktik. Kisah Saiful Nang pun hampir sama dengan Billi Lim. Dalam kehidupan yang susah, dia pun sental Mee segera jugak.

Persoalan nya, mampukah Mee segera memotivasi kan kita untuk berjaya? itu berbalik pada diri sendiri. Kalau anda dalam kesusahan dan makan mee segera sambil memikir kan cara untuk keluar dari kepompong kesusahan, mee itu pasti memotivasi kan diri. Kalau makan sekadar mengisi perut yang kosong, anda dalam bahaya kerana ia tidak baik untuk kesihatan.

Kepada siapa2 yang melantak mee segera, share2 la dengan kawan, bagi kawan termotivasi skit hahaha

Artikel yang aku baca tentang mee segera
1. Mengandungi wax
2. Makan mee segera secara sihat

Selasa, 16 Disember 2008

Nostalgia sekolah - Ubah diri sendiri

Lately aku malas tulis blog. Bukan sebab tak ada idea, tapi memang aku tulis blog ikut mood. Dari sekolah aku benci matapelajaran yang banyak membaca dan menulis antaranya Sejarah, Bahasa Malaysia dan jugak Bahasa Inggeris. Aku lebih suke kira2. Kalau kerja sekolah karangan , biasenye aku kene duduk di lantai sebab tak siap keje. Tu zaman sekolah, cikgu denda pun, tujuan untuk mendidik. Cuma kadang2 ada denda yang tak berapa sesuai. Contohnya celup stokin dalam lopak air, lepas tu perah sampai kering. Pergh.. tu kejadian kawan aku mase darjah dua kalau tak silap.

Secara jujur nya aku (hampir) tak pernah buat kerja sekolah mase bawah darjah 5. Darjah 5 , biasa nya aku sorang je kene denda dalam kelas sebab tak buat kerja matematik (Sorry ye cikgu Yati). Seorang yang pemalas tiba2 boleh minat matematik mase darjah 6. Cikgu Ramli yang ubah pemikiran aku. Dalam banyak2 subject waktu tu, aku cuma ada peningkatan subject Matematik je. Kerja Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris? huh lagi la tak sentuh. Aku di masuk kan kelas B mase darjah 6. Aku malu sangat, rasa macam nak berubah, tapi pemalas tu tetap ada(memang tak berubah pun). Kurang dorongan dan masalah keluarga merupakan faktor malas belajar. Dalam kelas B la aku di temukan dengan cikgu Ramli.

Radiez & Gai

Sekolah dulu aku suke melukis. Setiap waktu belajar aku akan melukis dan tak hirau pun ape yang cikgu mengajar kat depan. Biasa nya aku akan buat komik dan bagi kawan2 aku baca secara free. Pengaruh dragon ball kuat waktu tu. Lukisan aku tu buruk, tapi kawan2 aku suke dengan jalan cerita komik aku tu. Kalau tak silap "Radiez" dengan "Gai" watak utama dalam komik aku tu. Mereka berdua kawan baik. Sebenar nya jalan cerita lebih kurang macam Dragon ball, cuma ada ubah2 skit hahaha. Aku berhenti lukis komik bila aku di masuk kan kelas B darjah 6. Buku komik tu entah mana aku letak.

Dari matapelajaran Matematik aku terminat pulak dengan Sains. Aku suka ambil tahu macam mana satu2 perkara tu berlaku. Waktu sekolah dulu aku selalu main mainan yang pelik2, antara nya

1. Rumah hantu -susun meja buat lorong jalan, tutup tingkap dengan langsir, pergh giler ah sampai mengamuk cikgu
2. Pinball - aku senget kan meja sikit, lepas tu guna pensil untuk pukul guli kecik
3. Roket kertas - combine dengan gelang getah dan mampu terbang sehingga 5 tingkat, jadi kegilaan sekolah waktu tu. Sampai kan getah dkat kantin sekolah habis.
4. Chetor - guna pen cucuk dengan buah langsat, main perang2 mini dalam kelas
5. Walis - buat bunyian2 pada jejari roda basikal. Pergh memang jadi tumpuan ramai bile mendengar nye. Terutama bila nak balik sekolah. Bunyi setiap kayuhan nya macam ni (keting ketong keting ketong hahaha).

Memang zaman jahiliah la waktu sekolah rendah dulu hahaha. Dengan permainan kampung tu la menjadi kan aku minat dengan sains. 2 subject tu je la yang aku cemerlang waktu sekolah rendah dulu

Sampai sekolah menengah aku pun masih kurang minat dengan subject lain kecuali matematik dan sains. Sangat susah untuk aku belajar subject lain kecuali kan 2 subject tu.

Dari dua subject tu la aku perlahan2 meminati subject pelajaran yang lain. Kehidupan aku memang teruk, tapi aku sentiasa fikir untuk ubah gaya hidup menjadi lebih baik. Antara halangan besar untuk ubah gaya hidup kita ialah (pemikiran) diri kita sendiri. Orang lain hanya mampu mendorong, kita yang melangkah.


Menginai si Munirah
Aku suka dengan hasil seni.
"Seni itu halus, boleh ponteng sekolah", bak kate Cikgu Jasmin


Hidup ini nasib, kita kene sentiasa merancang. Tuhan yang akan menentukan. Aku memang ade banyak sangat minat, dan paling penting aku akan cuba consistent dengan minat yang aku ade. Antara minat yang aku cuba cambah ialah minat membaca dan menulis (termasuk la tulis blog). Membaca mampu meransang otak kanan manakala mengira meransang otak kiri. Secara tak sedar aku memang menulis kata2 nasihat dan motivasi untuk diri sendiri dalam Diari aku sejak sekolah lagi. Proses pemecahan pemikiran amaaaaaaaat la susah. Ia memakan masa dan tuan punya badan untuk mengubah nya.

Tak semua orang bernasib baik dalam dunia ni. Ada orang di kurnia kan kekayaan dan kepandaian. Ada orang pula di uji dengan kesusahan dan kejahilan. Hormat menghormati sesama manusia tak kira apa darjat mereka. Kita semua nanti akan pergi ke satu destinasi. Selamat bercuti sekolah~ wee

p/s: semalam aku cuci motor kat carwash, (giler pemalas aku ni) budak India yang cuci motor aku tu sekolah lagi. Tapi bekerja untuk isi masa cuti sekolah. Aku kagum dengan orang2 yang gigih, orang yang gigih mempunyai pemikiran yang unik iaitu sentiasa mencari jalan penyelesaian.

Selasa, 2 Disember 2008

Gambar bulan senyum - Smile moon

Malam semalam, on the way nak pergi hospital putra Melaka melawat kakak, aku perasan 2 bintang dan 1 bulan sabit. Aku tengok pelik betol kedudukan 2 benda tu. Macam bentuk ape ye? So aku abai kan. Tak lama lepas tu adik aku perasan

"Eh bulan tu senyum"



baru aku perasan bentuk macam senyum dengan kombinasi 2 bintang dan 1 bulan sabit. Ini gambar bulan tengah senyum atau orang putih kate smile moon . Kejadian ni macam tak lama, anggaran dalam pukul 8pm - 9pm waktu Malaysia. Gambar di atas aku cilok dari Flickr Ebul. Salah seorang photog tegar di UTP

* owh akhir nya aku dapat tahu, dua bintang tu adalah planet Jupiter dan Venus. Terbaca di blog ini

Sakit tulang belakang sakit saraf serta lumpuh - Sokongan dan harapan

Hari ni aku luang kan masa membaca artikel berkenaan dengan sakit saraf , lumpuh dan sakit tulang belakang. Sakit tulang belakang mampu mengakibat kan lumpuh secara kekal atau pun sementara. Aku masih lagi tak berapa faham macam mane kategori sakit tulang belakang dan sakit saraf ni. Semalam hari pertama kakak menerima rawatan di Hospital Putra Melaka. Rawatan regangan kalau tak silap. Seperti aku pernah tulis dalam artikel aku sebelum ni, sakit saraf mengambil masa yang lama untuk pulih. Mungkin makan masa bertahun2.

Bila orang tanya, kakak sakit ape mase masuk hospital hari tu , aku cuma cakap kakak tak boleh bangun dari katil, tak mampu angkat kaki dan die sakit saraf. Amat susah untuk aku guna kan perkataan "lumpuh". Sekarang memang dah boleh jalan, dari jauh nampak sihat tapi mengalami pergerakan yang terhad. Seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dah 10 tahun sakit pinggang dan lumpuh, beliau juga mengalami pergerakan yang terhad. Aku perasan masa dia nak naik tangga untuk keputusan di Permatang Pauh 2008

Kalau la perjalanan hidup macam perjalanan keretapi

Antara masalah2 pesakit saraf dan tulang belakang ni.
1. Pergerakan yang terhad
2. Orang sekeliling untuk memahami
3. Kesan psikologi dengan 2 perkara di atas

Antara perkara yang di perlu kan oleh pesakit saraf seperti
1. Sokongan dari keluarga , saudara mara serta orang tersayang. Cuba tingkat kan pengetahuan asas dalam memberi sokongan pesakit saraf seperti membaca. Mengenal pasti kehendak pesakit. Contoh nya pesakit ingin mencapai buku, sebelum pesakit meminta bantuan hulur kan buku, kita dah hulur kan. ha macam tu la.
2. Sentiasa memberi harapan kepada pesakit. Biasanya pesakit akan sentiasa rasa hilang semangat dan sentiasa berfikiran negative. Orang sekeliling harus memberi kata2 semangat serta harapan positif kepada pesakit kerana yang sentiasa fikir perkara2 negatif. Biar kan ruang pesakit mencari makna kehidupan sendiri.
3. Mengurang berat badan bagi menampung badan dengan pergerakan yang terhad. Minggu lepas aku ajak keluarga aku mandi air panas Gadek, Melaka, semalam kakak kate berat badan die kurang brape kilo ntah. Macam banyak je lemak terbakar mase tu hahaha
4. Melakukan rehabilitasi dan senaman ringan seperti berjalan2. ini kerana bila pergerakan yang terhad akan menjadi kan otot badan menjadi lemah. Rehabilitasi atau senaman ringan mampu menambah kekuatan otot.
5. Menggalak kan pesakit untuk meluah kan perasaan. Antara cara paling mudah ialah dengan menulis. Tapi kakak aku bile aku bagi pen dengan buku, die melukis. hahaha. Mungkin die nak tingkat kan seni ukir inai die kot. Bagi aku, ape2 medium pun OK selagi pesakit boleh ekspress kan diri dia.

Petua Mencegah sakit tulang belakang
1. Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
2. Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.
3. Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.
4. Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
5. Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
6. Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang.
7. Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.
8. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.

Boleh juga baca artikel2 berkaitan sakit saraf dan tulang belakang
- Sokongan keluarga bantu pesakit kronik
- Fahami Pemulihan Pesakit
- Kerosakan pada saraf tunjang boleh sebabkan lumpuh
- Baik pulih anggota
- Sakit Belakang
- Pengaruh Saraf Tulang Belakang dan Gejalanya pada Organ Tubuh

Pengetahuan yang aku kongsi ni penting. Kita tak tahu pun siapa lagi yang akan mengalami masalah seperti ini. Informasi di internet dalam bahasa Malaysia mampu membantu golongan yang tak fasih bebahasa ingeris menambah pengetahuan dalam keadaan seperti ni.

Setiap orang mempunyai masalah, setiap orang akan merasakan masalah sendiri lebih besar dari orang lain, setiap orang juga akan merasakan tiada orang dapat memahami masalah yang di hadapi. Itulah yang semua orang alami

Aku juga harap keluarga aku memahami keadaan sedia ada. Terutama adik2 aku yang agak malas tu hahaha. Dia pun rajin usha blog aku. Semoga semua orang tabah dalam menghadapi dugaan masing2.

*terima kasih Ahmad Zhafri yang sudi kongsi cerita, kalau nak baca click sini

p/s: terima kasih kepada yang memberi semangat

Isnin, 1 Disember 2008

10,000 Visitor - eh aku?



Yes minggu ni aku isi dengan rekreasi. Hari ini kene keje. arrghhh nak cuti lagi... sedang aku pening2 fikir kan macam mana nak buat login form connect database dan VB6, tiba2 kepala hotak aku terfikir nak singgah blog aku.Nak jugak tengok brape banyak dah pageload.

kagum punyer pasal, aku pun print screen

Eh dah 10,000 dah page load.Alhamdulillah.... aku memang akan analisis pengunjung blog aku dan cahayanika setiap hujung bulan. Tabiat tu merupakan satu praktik yang baik. Kepada siapa2 yang baru belajar buat website ke, blog ke, flickr ke, amal kan menganalisis statistik pengunjung website anda. Bukan apa ini untuk memasti kan samada laman web tu menyedia kan informasi yang berguna untuk masyarakat. Tapi kan tetiba aku terfikir plak, "Eh aku la page load yang ke 10,000".. wah unik2.....

okeh, sambung kerja lalala

p/s: 2 minggu ni maybe akan banyak menghabis kan masa di hospital . Semoga semua nya berjalan lancar