Selasa, 16 Disember 2008

Nostalgia sekolah - Ubah diri sendiri

Lately aku malas tulis blog. Bukan sebab tak ada idea, tapi memang aku tulis blog ikut mood. Dari sekolah aku benci matapelajaran yang banyak membaca dan menulis antaranya Sejarah, Bahasa Malaysia dan jugak Bahasa Inggeris. Aku lebih suke kira2. Kalau kerja sekolah karangan , biasenye aku kene duduk di lantai sebab tak siap keje. Tu zaman sekolah, cikgu denda pun, tujuan untuk mendidik. Cuma kadang2 ada denda yang tak berapa sesuai. Contohnya celup stokin dalam lopak air, lepas tu perah sampai kering. Pergh.. tu kejadian kawan aku mase darjah dua kalau tak silap.

Secara jujur nya aku (hampir) tak pernah buat kerja sekolah mase bawah darjah 5. Darjah 5 , biasa nya aku sorang je kene denda dalam kelas sebab tak buat kerja matematik (Sorry ye cikgu Yati). Seorang yang pemalas tiba2 boleh minat matematik mase darjah 6. Cikgu Ramli yang ubah pemikiran aku. Dalam banyak2 subject waktu tu, aku cuma ada peningkatan subject Matematik je. Kerja Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris? huh lagi la tak sentuh. Aku di masuk kan kelas B mase darjah 6. Aku malu sangat, rasa macam nak berubah, tapi pemalas tu tetap ada(memang tak berubah pun). Kurang dorongan dan masalah keluarga merupakan faktor malas belajar. Dalam kelas B la aku di temukan dengan cikgu Ramli.

Radiez & Gai

Sekolah dulu aku suke melukis. Setiap waktu belajar aku akan melukis dan tak hirau pun ape yang cikgu mengajar kat depan. Biasa nya aku akan buat komik dan bagi kawan2 aku baca secara free. Pengaruh dragon ball kuat waktu tu. Lukisan aku tu buruk, tapi kawan2 aku suke dengan jalan cerita komik aku tu. Kalau tak silap "Radiez" dengan "Gai" watak utama dalam komik aku tu. Mereka berdua kawan baik. Sebenar nya jalan cerita lebih kurang macam Dragon ball, cuma ada ubah2 skit hahaha. Aku berhenti lukis komik bila aku di masuk kan kelas B darjah 6. Buku komik tu entah mana aku letak.

Dari matapelajaran Matematik aku terminat pulak dengan Sains. Aku suka ambil tahu macam mana satu2 perkara tu berlaku. Waktu sekolah dulu aku selalu main mainan yang pelik2, antara nya

1. Rumah hantu -susun meja buat lorong jalan, tutup tingkap dengan langsir, pergh giler ah sampai mengamuk cikgu
2. Pinball - aku senget kan meja sikit, lepas tu guna pensil untuk pukul guli kecik
3. Roket kertas - combine dengan gelang getah dan mampu terbang sehingga 5 tingkat, jadi kegilaan sekolah waktu tu. Sampai kan getah dkat kantin sekolah habis.
4. Chetor - guna pen cucuk dengan buah langsat, main perang2 mini dalam kelas
5. Walis - buat bunyian2 pada jejari roda basikal. Pergh memang jadi tumpuan ramai bile mendengar nye. Terutama bila nak balik sekolah. Bunyi setiap kayuhan nya macam ni (keting ketong keting ketong hahaha).

Memang zaman jahiliah la waktu sekolah rendah dulu hahaha. Dengan permainan kampung tu la menjadi kan aku minat dengan sains. 2 subject tu je la yang aku cemerlang waktu sekolah rendah dulu

Sampai sekolah menengah aku pun masih kurang minat dengan subject lain kecuali matematik dan sains. Sangat susah untuk aku belajar subject lain kecuali kan 2 subject tu.

Dari dua subject tu la aku perlahan2 meminati subject pelajaran yang lain. Kehidupan aku memang teruk, tapi aku sentiasa fikir untuk ubah gaya hidup menjadi lebih baik. Antara halangan besar untuk ubah gaya hidup kita ialah (pemikiran) diri kita sendiri. Orang lain hanya mampu mendorong, kita yang melangkah.


Menginai si Munirah
Aku suka dengan hasil seni.
"Seni itu halus, boleh ponteng sekolah", bak kate Cikgu Jasmin


Hidup ini nasib, kita kene sentiasa merancang. Tuhan yang akan menentukan. Aku memang ade banyak sangat minat, dan paling penting aku akan cuba consistent dengan minat yang aku ade. Antara minat yang aku cuba cambah ialah minat membaca dan menulis (termasuk la tulis blog). Membaca mampu meransang otak kanan manakala mengira meransang otak kiri. Secara tak sedar aku memang menulis kata2 nasihat dan motivasi untuk diri sendiri dalam Diari aku sejak sekolah lagi. Proses pemecahan pemikiran amaaaaaaaat la susah. Ia memakan masa dan tuan punya badan untuk mengubah nya.

Tak semua orang bernasib baik dalam dunia ni. Ada orang di kurnia kan kekayaan dan kepandaian. Ada orang pula di uji dengan kesusahan dan kejahilan. Hormat menghormati sesama manusia tak kira apa darjat mereka. Kita semua nanti akan pergi ke satu destinasi. Selamat bercuti sekolah~ wee

p/s: semalam aku cuci motor kat carwash, (giler pemalas aku ni) budak India yang cuci motor aku tu sekolah lagi. Tapi bekerja untuk isi masa cuti sekolah. Aku kagum dengan orang2 yang gigih, orang yang gigih mempunyai pemikiran yang unik iaitu sentiasa mencari jalan penyelesaian.

6 ulasan:

  1. Ko soran gje tak gigih atas dunia ni. Aku? memang gigih. huh.

    BalasPadam
  2. basoh moto pon anto carwash~ wei, moto ko besa mane huh?

    BalasPadam
  3. pek, Why so serious ghahaha.
    Jawe, moto aku asik mendapat belaian kasih sayang dari aku je. Sekali sekala bagi la orang lain belai

    BalasPadam
  4. good post, keep it up...
    org gigih yg sntiasa mncari jln keluar..

    kegagalan yg trok je mmpu memecahkan pemikiran seseorg...oleh itu bersyukurlah jika berpeluang menghadapi kegagalan yg terok..hoho

    BalasPadam
  5. ermm..
    suke sgt2 bc your blog..
    mampu memotivasikan diri..huhu..
    keep it up k..
    ;P

    BalasPadam