Rabu, 11 November 2009

Borak di mapley - Tabah sentiasa

Aku intake July 2005 dan kalau tak silap aku hampir 700 orang pelajar yang dapat masuk UTP waktu tu. Aku mase masuk UTP awal2 dulu, hampir tak ade sorang pon yang aku kenal.

Aku satu2 nya pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek (SMKAM) yang dapat masuk UTP mase tu. Aku ingat lagi cikgu add math cakap kat aku. "Abang, selama 14 tahun saya mengajar kat skolah ni, tak penah plak ade orang masuk UTP, awak la orang pertama. Awak jangan buat malu nama sekolah plak nanti". Aku nak abes belajar bulan 12 ni, sampai skarang, tak ada lagi junior dari skolah aku yang dapat masuk UTP. Nampak nye harapan aku nak jumpe junior SMKAM tak kesampaian la.

Perasaan gementar tu terlalu besar terutama skali aku tak fasih dan tak brapa paham English. Aku rasa memang kebanyakan budak kampung yang kurang pendedahan English rasa macam ape yang aku rasa. Alhamdulillah, semua ni dapat aku tempuh.

aku dan nash

Bukak puasa tahun 2005

Sampai2 UTP mase Minggu Aluan Siswa (MAS) untuk register bilik, mulut aku memang tak berat untuk bertegur sapa dengan orang sebelah2 aku. Aku siap target sehari aku kene berkenalan brapa orang kawan. Nak di pendek kan cerita, hari pertama aku kenal dengan Nash dan terus ajak jadi roommate. Kebetulan jumpa kat meja registration.

Nash dengan latar belakang kan budak Felda, ayah penoreh getah dan mak suri rumah sepenuh masa. Aku sentiasa kagum macam mana dia bertanggung jawab terhadap keluarga dia. Boleh di kata kan aku lebih bernasib baik berbanding die.

Walaupun aku dah tak lagi roomate dengan die, tetiba plak semalam die nak blanja aku makan kat mapley. Lama giler aku borak dgn die kat mapley, sampai mapley pon dah kemas2 meja. Banyak cerita dan masalah yang di kongsi. Sama je macam aku roomate dengan die dulu, die kalau bercakap memang macam mulot murai.

Aku dengar masalah keluarga dia, dia pon dengar masalah keluarga aku. Dia satu2 nya orang yang aku tak kekok nak kongsi masalah besar aku. Walaupon jarang giler jumpe. Selalunye kitorang banyak persamaan dari segi masalah walaupun dari sudut yang berbeza.

Dari masalah yang dia cerita kat aku smalam, sekarang ni dia tengah risau kan kesihatan Mak dia. Aku mendoa kan kesihatan mak dia pulih seperti biasa, dan di kurnia kan nikmat kesihatan.

Semoga sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan hidup yang sementara ni.

p/s: semua warga UTP, goog luck utk final exam

Isnin, 9 November 2009

Aku ke Pulau Pinang

Aku sangat suke berjalan2. Bila aku berjalan2, aku dapat lihat macam2. Bila aku dapat lihat macam2, macam2 aku belajar. Travel ni merupakan aktiviti hobi yang sihat dan banyak gune duit. Aku sanggup berikat perut semata2 nak berjalan. Sebab ape? bila bermusafir ni, kadang2 aku rasa bertapa kerdil nya diri ini. Tu belum lagi jalan2 kat angkasa lepas, then tengok bumi dari angkasa lepas. Pergh giler insaf beb. Bile la bleh jd macam Dr Muzafar (angkasawan pertama Malaysia). Ape lagi, kumpol la duit.

Aku kurang skit amik gambar lately. Bila travel kat Pulau Pinang, memang aku lenjan la amik gambar. So aku nak share antara gambar yang best untuk di kongsi. Terima kasih kepada rakan2 yang g Pulau Pinang skali. Pulau Pinang memang best.

dua ekor merpati

Merpati ni macam dua2 ekor jantan. Kalau tak mesti dah ngorat

Burung gagak

Burung gagak ni agak hati kering, tenang je die bile aku datang rapat2.

nenek menilik nasib orang putih

Tukang tilik nasib ni tenung je aku mase aku amik gambar die tengah tilik. Mungkin die tengah tilik nasib aku skali kot.

nyonya semayang

Bangsa cina ini semayang di tempat semayang hindu. First time aku tengok tempat semayang cina dan india sebelah menyebelah

api cine semayang

Colok ke ape ntah, gambar ni amik kat Snake Tample. Tapi memang terbatuk2 la kalau bau benda ni

Si kuning

Kereta kodok kuning. Menarik plak bile aku tengok. Sebelum ni tengok mcm biase2 je. terus aku amik gambor.

rakan2 bermain buaian

Zaman muda remaja riang yang mengidam kan permainan buaian. Dari kiri , Nazir the mapley, Din the emo, Amir the road crosser, Pek the sweet talker and Paker the stalker.

rakan2 mengejar merpati

Sesi mengejar burung merpati. Korang ingat kat oversea je bleh kejar2 burung merpati mcm ni. Kat Malaysia pon boleh gak

Hanjing dan Hkucing

Kucing tak tau agak nyer, anjing tengah tido kat blakang papan tu. hahahaha

Kalau nak tengok lebih bnyak lagi gambor2, boleh usha dalam album Facebook aku.

Click sini
(Open in new tab)




p/s: Aku baru balik dari Gua Tempurung smalam. Sangat la best g sana. Aku suggest korang g la dalam gua tu. Cantik giler alam ciptaan tuhan. Stakat ni takde gambor dalam gua lagi. Kalo ade aku share kat blog.

Khamis, 29 Oktober 2009

Ada apa dengan ijazah?

Tadi aku pergi KPMG assessment. Dan aku tertarik dengan satu persoalan speaker tu yang mane aku amik sebagai persoalan nasihat.

"What else can you do if I throw away your degree?"

Ijazah hanya lah segulung kertas. Proses untuk mendapat kan kertas tu lah yang menjadi kan diri kita berguna.

p/s: Meniti hari2 sebelum habis belajar

Jumaat, 23 Oktober 2009

Emas untuk "Mari Membaca"

Bersyukur kepada Allah,
Dengan berkat kesabaran, usaha, doa dan tawakal
Alhamdulillah, Project tahun akhir aku dapat Gold Award dalam pameran EDX24.
Yuhuu~

Photo by Ejat: Aku, Nini, Ms Emy, Sarah

Thanks to my beloved Ex supervisor Ms Emy Elyanee yang banyak mendedah kan aku dengan sumber2 yang amat berguna. Skarang die tengah sambung belajar PHD kat Korea, All the best Ms Emy for your study.

aku ms rohkmah dan Din

Photo by Syaza: Aku, Ms Rohkmah, Din


Juga kepada latest supervisor Ms Siti Rohkmah yang banyak giler bagi tips. Die tengah sihat mengandung, semoga dapat baby yang sihat dan comel macam ibu die. hehehe

Tak lupe jugak kepada orang2 yang selalu berada di sekeliling aku yang banyak membantu aku ketika aku susah dan senang.

Penyampaian anugerah untuk EDX ni sebelah petang. Aku waktu tu memang kepenatan yang melampau dan sengal2 kaki sebab sehari sebelum tu aku training silat. Bile aku sampai bilik waktu tengah hari, selepas baring kat atas katil, aku pon buat keputusan malas nak pergi closing ceremony. Tambah plak aku rase macam aku tak dapat award je.

Tengah mamai2 tidor, tiba2 member aku SMS . "Man ko dapat Gold Award". Dengan yakin aku fikir member aku ni nak kene kan aku. So aku sambung la tidor dengan rakus nye. Tak lama lepas tu dapat plak SMS dari Ms Rohkmah, die cakap congrate sebab dapat award dan Computer Information Science(CIS) dapat "Best Department Award".

SMS yang kedua tu lebih meyakin kan aku. Aku pon capai phone dan call member aku balik nak confirm kan pasal award tu."Weih ko tipu aku ke weih? tak kan aku dapat Gold Award". Yela, aku fikir paling tak pon dapat silver or bronze tu logik skit. Setelah die explain secara realistik nyer baru aku percaya. Pengajaran buat aku, time closing penyampaian anugerah jangan ponteng, kan dah tak dapat naik pentas. Haih~

Best department award

Photo by aku: Achan, Din, Amir, Reza, Wani, Zarith, Sarah, Buzzler, Hawa

Walau ape2 pun tahniah jugak kepada peserta yang dapat award untuk EDX24, especially kat bebudak department CIS. Setahu aku yang dapat Gold award dari CIS department ade 5 orang. Aku, Ridhwan(Buzzler), Shea Teng(Ashley) dari Malaysia, Sotharith, and Ta Thu ha bukan Malaysia. Ok la tu, Malaysia menang 3: 2 hahahaha

Project ni aku ilham kan dari sepupu aku , Nakief yang menghidapi masalah Down Syndrome dan Hyperactive. Lame giler aku tak jumpe die,memang akan gelak je kalau tengok gelagat die.

Nakief

Photo by Amin: Sesi pemerhatian terhadap reaksi Nakief dengan laptop

Dari article2 yang aku dah bace, jumlah golongan2 yang mempunyai masalah belajar ni sentiasa meningkat setiap tahun di seluruh dunia. Aku harap, masyarakat prihatin terhadap golongan2 minority seperti ini.

Downsyndrome ada masalah pemahaman, dan Hyperactive dengan masalah tumpuan. Aku terfikir, kalau aku jadi Nakief, boleh ke aku masuk Universiti? Macam mana dengan masa depan aku? Kalau belajar dengan orang normal sekali pun, usaha berlipat2 kali ganda pun, belum tentu dapat menyaingi otak orang yang normal.

Itu sebab nye penting untuk kita memahami golongan2 seperti ini. Ibu bapa yang sanggup menjaga anak2 istimewa ini, aku sangat kagum dengan kegigihan mereka. Bila aku cuba memahami mereka, semakin tinggi aku bersyukur dengan segala yang ada. Dan aku akan guna kan segala yang aku ada sebaik mungkin.

Semoga tabah dan sentiasa usaha dalam menempuh cabaran hidup.


Jumaat, 16 Oktober 2009

Belajar membaca - Downsyndrome & hyperactive

screenshot

Mari membaca screen shot (versi prototype)

Alhamduillah, tersenarai jugak project final year aku dalam Engineering Design eXhibition tahun ni. Project tahun akhir aku berkenaan dengan Reading Courseware for learning disability (Down syndrome and hyperactive) student. Software belajar membaca ni dalam versi bahasa Melayu.

Ada 5 peringkat dalam software aku untuk membantu pelajar dalam membaca. Bermula dengan peringkat, mengenal huruf, menyebut perkataan, latihan menulis, latihan fokus dan latihan membaca.

down syndrome and hyper active

Majid (normal) dan Nakief (Down syndrome & hyperactive), dua2 ni sepupu aku hehehe

Tak berapa mengharap sangat dapat anugerah, tapi setiap kali aku buat project aku ni, aku akan rasa excited. Aku harap sangat satu hari nanti software aku ni dapat bantu golongan2 yang mempunyai masalah belajar.

Semoga apa yang aku usaha kan selama setahun ni dapat memberi manfaat kepada orang lain. Good luck kepada participant EDX yang lain.

Ahad, 11 Oktober 2009

Tabah kan diri Kakak - happy bday

kakak

Photograph by Nuramin: Terima kasih


Minggu lepas
Bile aku wish birthday akak yang dah lewat sehari
Baru aku dapat tau akak ada kat hospital
Sakit yang berulang

Sakit saraf
Alami kesukaran berjalan

Semalam terasa sayu hati aku
Bila sampai rumah
Ternampak wheelchair kat pintu rumah

Walaupun kali ini akak kelihatan lebih tabah dari sebelum nye
Tapi secara zahir nye, hanya Allah yang tau

Hari ni, doctor akan bagi keputusan
Keputusan untuk transfer kakak di hospital KL
Aku cuma mengharap kan perancangan yang terbaik
Sebaik2 perancangan manusia, baik lagi perancangan dari tuhan

Terima kasih kepada yang memahami
Terima kasih juga kepada dia
Yang selalu mengambil berat tentang keluarga aku
Dan aku

Berbanding setahun yang lalu
Episod kali ini kurang tangisan,
Berubah kepada rasa penerimaan

Hanya berdoa
Semoga akak sentiasa tabah, dan ceria
Dalam menempuh segala pahit dan manis

Kerana ini lah kehidupan
Yang Allah kurnia kan

Selasa, 15 September 2009

Salam Aidilfitri 1430H - eKad Raya

Kalau sebelum ni aku bwat kad raya gune VB, tahun ni aku gune flash plak. design2 kebanyakan aku amik dari internet, just edit2 skit je. Yang pasti aku buat sendiri kad raya ni hehehe.

Selamat menyambut syawal yang bakal menjelma, Maaf Zahir dan Batin.


raya 2009


(Open link with new tab)

Kad Raya Zaman Sekarang

material source: http://yummyflashy.blogspot.com/

Isnin, 7 September 2009

UTP Virtual Tour : Chancellor complex

body_bg_bot1
Hari ni aku nak kongsi satu hasil kerja kelas Virtual Reality(VR) dari kumpulan aku. Virtual reality memang subject yang menarik, dan jarang di ketengah kan di Malaysia. Tak banyak pusat pengajian yang menawar kan Major dalam Multimedia dan Virtual Reality. UTP merupa kan salah satu Universiti yang menawar kan subject ni.

Hasil projek yang aku nak share ni berkaitan dengan UTP virtual tour. Para pelayar internet boleh melihat dan meneroka persekitaran UTP secara maya. User boleh melihat dengan sudut keliling 180 darjah. Project ni memberi peluang kepada mereka2 untuk meneroka UTP Chancellor Complex. Kepada sape2 yang tak pernah datang ke UTP, boleh la dapat gambaran serba sedikit kawasan chancellor complex melalui website ni.

Terima kasih kepada teammate(Iman, Ejat dan Ilham) yang same2 buat project ni. Maaf hasil kitorang tak brape quality sangat, sebab ni project kecik. Dan seperti biase, buat project last2 minit wakakaka.

Kemungkinan, loading time agak slow skit, sebab size gambar yang besar. Harap maklum. Sila click link kat bawah untuk mencuba. Segala komen amat di alu2 kan. Sekadar ingin berkongsi