Selasa, 30 Disember 2008

Sandiwara hidup emak dan anak anak - Selamat tinggal 2008

Sebenar nya aku ade banyak report nak kene buat. Aku dah penat menaip dalam bahasa omputih .Sekarang aku nak tulis bahasa Malaysia kat blog aku. Aku selalu dengar cerita orang dan suka ambil ikhtibar. Sebelum terus kan membaca, cuba tanya balik dalam diri. Mak tengah buat sekarang ni? adakah dia masih dapat menarik nafas sedalam dalam nye? Atau dia.....

Sebelum ni aku cuma dengar cerita "emak boleh jaga ramai anak, tapi  ramai anak susah menjaga seorang emak". Mungkin ada komitment lain bila dah besar, suami, isteri, keluarga anak2 atau pekerjaan. Tahun ini aku sendiri menyaksi kan drama bersiri ini.

Emak itu memerah keringat untuk menyara 14 orang anak2. Macam2 pekerjaan di laku kan,banting padi di sawah, terima upah basuh pakaian, jual kueh mueh dan sebagai nya, zaman dulu susah sangat. Sebagai insan yang melahir kan zuriat, dia hanya ingin kan kebahagiaan anak2 mereka tercapai. Tanggungjawab itu berat sekali. Tapi apa balasan sang anak?

Aku kagum melihat anak yang gigih menjaga dan mengisi sisa hidup emak nya. Hari ini dia menangis.

Bila angkat tudung saji, lauk2 sudah basi...
Kerana si emak cuma mampu duduk

Bila di tolak pintu bilik air, tahi bersepah2...
Kerana si emak ketandusan kudrat.

Bila si emak menangis, merungut, menjerit, tercungap2, 
Si anak ......"Biase la, dia dah tua"
Kerana si emak tidak lagi menikmati pemikiran yang waras

Macam mana semua ni masih berlaku?

Ada lagi ke perkara ni berlaku?
eh macam drama melayu je
Boring la.... jalan cerita sama....

Ye memang boring dan jalan cerita sama. Tapi ia tetap berlaku....

Kadang2 aku sedih dengan anak2 yang berbulan tak jenguk emak nya.
Tapi aku kagum dengan anak2 yang mencuri kesibukan harian untuk emak nya

......................
...........
..........
.......
........

Tanya diri ini, masih ada lagi kah ruang masa untuk ibu bapa? gunakan sebaik mungkin selagi ruang itu masih ada. Sekira nya mereka masih ada , jangan biar kan mereka mengemis kasih dalam saki baki kehidupan mereka.

Dari apa yang aku tahu, ibu bapa seronok menghabis kan hidup bersama2 berita anak2. Aku sendiri pernah jumpa individu yang boleh dikata kan berjaya dalam hidup, tapi setiap minggu hari sabtu, dia akan balik ke rumah bapa nya di Ipoh perak sekadar untuk berborak. Dia akan sedia kan ruang masa itu untuk ibu bapa beliau. Aku kalau jumpa warga emas, aku akan cari idea untuk berborak dengan mereka. Mereka bukan lagi golongan yang gila kan gadget2 electronik terkini, atau suka mendengar gosip2 artis atau pun mengikuti perkembangan barang2 berjenama. Mereka cuma mahu difahami. 

Jangan abai kan ruang anda bersama ibu bapa, selagi ruang itu masih ada

Iklan ibu bapa biasa nya hari raya je, nasib baik ada youtube



Aku minta maaf kalau buat sesiapa terasa hati dengan artikel ni. Tahun 2008 merupakan tahun yang banyakpengajaran buat aku.

Selamat datang 2009

p/s: Terima kasih yang wish bday. Tahun 2007 wish paling banyak pernah aku dapat, tapi tahun ni lagi banyak dari tahun lepas.Walaupun lambat reply balik, aku tetap reply terima kasih personaly. Terimasih ye

5 ulasan:

  1. selamat berjaya...
    cukup tersentuh membaca artikel ini..teringat mak teman..

    BalasPadam
  2. Tersentuh membaca artikel ni....dan thank KERANA BERKONGSI CITE TENTANG CHIKUNGUNYA

    BalasPadam
  3. terima kasih. tapi blog ni ade jugak artikel2 mengarut hohoho

    BalasPadam
  4. berjaya mempengaruhi banyak pihak. keseluruhannya, masih banyak belum dibaca. semua cerita boleh jadikan sebagai iktibar untuk hidup . suka baca pos2 iman.

    BalasPadam
  5. Hahaha, lately aku dah tak brape memblog sgt la didi. Tp rase bersalah jgak sbb tak share pengajaran dgn orang lain. Blog ni bagus for information sharing. hehehe. Thanks for reading

    BalasPadam