Sabtu, 25 Oktober 2008

Jauh lagi ke perjalanan aku? - impianku

sedang mendengar lagu2 ABCDEFGHUJANOPQRSTU
hari sabtu merupa kan hari berehat2. Sape tak suke berehat2, perkara itu lah yang di idam2 kan oleh setiap orang yang sibuk di muka bumi ni. Waktu rehat la banyak memberi kan aku ilham2 dan idea untuk membuat sesuatu perkara baru. Kalau anda sedang buntu, tension , putus harapan. Rehat la dulu untuk menenang kan fikiran.

Cahayanika
Semalam di KFC antara perbualan aku sekeluarga ialah Cahayanika. Banyak lagi perkara yang perlu di buat untuk cahayanika ni. Nama cahayanika di ilham kan dari kedai pertama ayah dan permulaan nama adik beradik aku. Kedai pertama ayah ialah Cahaya Aneka. Di sebab kan die orang lama yang baru nak berjinak2 dalam berniaga, die pun mendaftar lesen perniagaan atas nama "Cahaya Anika". Kitorang bantai gelak la dengan nama "old school " tu hahaha.

Di mana nama Cahayanika di ilham kan
Semasa di kampus, aku memang meletak kan target aku untuk praktikal/ internship di Melaka dan tinggal bersama keluarga. Aku berhasrat untuk menaik kan taraf hidup keluarga aku, walau pun kami tinggal di kampung. Hari pertama sampai rumah, aku belanja adik beradik aku makan McD dan ajak mereka semua berbincang tentang rebranding "Talib video". Pelbagai nama tercetus untuk menjadi jenama keluarga ni. Antara nya (seingat aku la) "Takha", "Cahayaku","NurAneka", "Cahaya Aneka" dan banyak lagi la nama2 mengarut. Aku pun suggest nama tu kat ayah dan ayah tak setuju. Erk kene fikir name lain la nampak nyer.

Di dalam kereta
Aku selalu berhujah dengan keluarga aku semasa dalam kereta. Macam2 isu yang di bincang kan dari politik sampai la topik berniaga. Dalam kereta lah nama cahayanika tercetus dengan kombinasi cahaya anika (ejaan dulu2). Antara kerisauan aku ketika tu Cahayanika ada 5 suku kata. "ca" "ha" "ya" "ni" "ka" dan agak panjang untuk di sebut dan bekemungkinan susah untuk orang2 lama sebut nama tu. Aku pun cari juga di internet maksud cahayanika. Mane la tau cahayanika ni ade definisi sendiri ke dalam bahasa lain. Fuh lega, setakat ni tak ada lagi penggunaan perkataan cahayanika. Kalau anda google, search engin tu akan tanya "Did you mean 'chayanika' ". hohoho

Ingin menjadi usahawan
Selepas SPM aku ade mase menggangur selama 6 bulan sebelum keputusan SPM keluar. Ketika tu aku mengurus kan kedai alat tulis. Waktu tu aku berminat nak jadi usahawan sampai aku nyatakan hasrat kat ayah aku yang aku tak nak sambung belajar sebab nak urus kan kedai(pemikiran kampung). Ayah aku nasihat kan "Iman kalau belajar tinggi2 pemikiran akan luas, iman tak akan pandang lagi nak berniaga kecil kecilan ni". Aku pegang kata2 tu dan sentiasa cuba meluas kan tahap pemikiran aku. Tu sebab aku mohon Sistem Maklumat Perniagaan masa nak masuk UTP sebab terpengaruh dengan perkataan "Perniagaan". hohoho. Aku sentiasa saran kan orang jadi usahawan dan berniaga juga merupakan sunah Rasul.

Kenapa aku amik subject programming?
Aku dalam Business Information System aku specialize dalam E-Business dan Multimedia Programming. Aku terpengaruh dengan programming sebab kawan2 cakap kerja programmer ni gaji die tinggi. Lagi pun kita akan lebih fokus pada kemahiran2 teknikal. Kemahiran teknikal penting semasa zaman muda. Bila dah berumur, kita akan memerlu kan kemahiran kemanusiaan. Aku minat juga menaip beratus2 kod tapi kadang2 aku terasa itu bukan diri aku. Aku akan sentiasa belajar ilmu ini dan yang pasti aku tak akan bekerja sebagai programmer hehehe

Ape sebenar nye yang aku nak jadi?
Aku suka bidang aku ni. Tapi kadang2 aku takut aku berada di landasan yang salah. Macam mane nak tau kita di landasan yang betul? Pendapat aku, kita kene ada pendirian dan sentiasa mencari jalan membaiki pendirian kita. Normal ke kalau kita masih lagi sangsi dengan cita2 kita? Selepas aku baca buku tentang Chedet, die pun dulu ada masalah yang sama. Chedet pernah bercita2 nak jadi kerani kerana itu yang dia impi kan (selain jadi doktor). Selepas itu chedet berniaga buah buahan kerana dia memang suka berniaga. Dia pun suka menulis. Dan ini menjadi kan dia buntu apa cita2 dia ni. Tapi aku dah tetap kan cita2 aku yang mana aku nak jadi Usahawan dan menaik kan taraf pemikiran keluarga aku agama serta negara aku. Aku sayang Malaysia

sumber gambar: beca film
Tahniah Ms Rokh
Bile aku check email aku hari ni, ada undangan jemputan untuk geng sepit baju ke Majlis perkahwinan salah seorang di Lecturer UTP. Tahniah Ms Rokhmah yang bakal mendiri kan rumah tangga. Kami Sepiterz sentiasa mendoa kan kebahagian Miss Rokh dengan orang tersayang hehehe. Aku dan geng sepit baju ikut perkembangan fotografi Ms Rokh dah lama dah, sampai die bertunang dan nak kahwin hehehe. Ms Rokh juga merupakan lecturer yang minat dalam fotografi, dan die rajin membuat experiment mengunakan kamera SLR Filem.

sepitbaju fotopages

Minat untuk berjaya
Aku tak berapa suka membaca , tapi aku suke membaca buku2 motivasi dan kepimpinan. Selepas aku di saran kan oleh Anis untuk baca buku "Dare to fail" aku jadi lebih yakin dalam nak menempuh hutan yang belukar je depan die. Tu aku baru baca 50% buku dah jadi yakin. Kalau lepas habis baca mesti lagi yakin kot hahaha. Ape yang aku perasan manusia berjaya kerana dia ada minat. Zuckerberg founder facebook berjaya sebab ada minat. Irfan Khairi berjaya sebab ada minat. Saiful nang berjaya sebab ada minat. Thomas edison berjaya sebab ada minat. Apa yang anda minat buat ketika waktu lapang? Soalan biasa dalam interview kerja.

Sekali lagi aku menulis panjang lebar dalam menyuara kan pandangan pribadi aku. Aku amat mengalu2 kan sebarang komen yang membina demi kebaikan semua pihak dalam mengejar impian masing2. Kepada pembaca blog yang berbangsa India, aku ingin mengucap kan Selamat menyambut Deepavali.

p/s: sape2 yang ada facebook, add la aku ye. ramai juga kenalan yang aku kenal melalui facebook
Nuriman Talib's Facebook profile

nuriman@cahayanika.com http://www.cahayanika.com/

8 ulasan:

  1. Eh, Tukiman, sepit baju and the geng. Thank you for the wish : ). Alamak seganla ada gambar i kat entry u. :p Anyway, keep on searching and seeking in life, it might take some time but it could be worth it. I have the right reading or maybe documentary that suits you. All the best kay!

    BalasPadam
  2. tahniah miss rohk.arap miss dpt jadik sv fyp saye.hahaha

    BalasPadam
  3. jgn letak gmba aku iman..
    segan i..
    haha

    BalasPadam
  4. terima kasih ms rohk, jangan layan budak dua ekor tu . Pokjat meh aku carik kan ko jodoh SV FYP ko dengan mr alan hahaha

    BalasPadam
  5. iman, abang dah rasa kebenaran tulisan iman.. dulu waktu sekolah menengah, abang sangat minat dengan hardware elektronik, lepas itu minat sangat dengan segala macam gadget..

    sebab minat, final year abang ambil specialization Communication System yang memang abang tahu susah nak score, memang terjejas juga tapi abang puas sebab ada ilmu tentang benda yang abang minat..

    sekarang abang tidak dapat kerja yang abang minat, tapi abang buka minda menerimanya, alhamdulillah I do it well.. walaupun begitu, abang tetap yakin 'i am better person if i do the field yang i minat' InsyaAllah....

    p/s - abang sangat minat volvo, sekarang kalau google 'volvo 240 blogs' blog abang yang pertama sedunia, hasil minat :)

    BalasPadam
  6. 'i am better person if i do the field yang i minat'

    hohoho trimas abg zhafri. InsyaAllah akan sentiasa melaku kan perkara yang di minati hehehe. Volvo tu pasti nya saya pernah naik hahahaha

    BalasPadam
  7. pelan2 kayuh bro,
    jatuh bangn sendrik

    BalasPadam