

Biasa nya seminggu sebelum raya, aktiviti kitorang ialah pasang pelita. minyak tanah tahun ni agak mahal skit. Jadi penggunaan minyak tanah di had kan.

Kalau anda beli minyak tanah di kedai2 runcit, sebenar nya anda boleh beli minyak tanah di stesyen2 minyak terpilih yang ada palm kerosin. Harga nya lebih murah dari harga kedai runcit. Kene pandai2 cari la stesyen yang ada kerosin

Ape tujuan pasang pelita sebenar nya? ni menurut pemahaman aku la, dulu2 cara orang nak memeriah kan suasana kampung, mereka akan pasang pelita untuk terang kan keadaan sekeliling. Bila keliling rumah terang benderang, jadi la meriah. Dulu harga minyak murah , sekarang mahal. Terkenang aku di Negeri sembilan, pernah raya di rumah seorang nenek tu. Nenek tu tinggal seorang je dan mengguna kan pelita untuk menerang kan rumah. Rumah nenek tu tak ada elektrik, cuma api minyak tanah je. Harga minyak tanah sekarangbuat aku tertanya2 tentang kesusahan nenek tu.

Ha ni lagi satu lagi permainan bungapi alternatif. Biasanya orang beli bungapi kan, tapi aku gune berus periuk macam gambar di atas. Berus periuk tu mesti la yang halus supaya boleh di makan api. bakar hujung berus periuk tu, dan pergi di kawasan lapang yang selamat dan jauh dari bahan2 mudah terbakar.

Kemudian hayun la bungapi tu seperti gambar di atas. fuh, memang syok wooo. Kali pertama aku main bungapi periuk ni, habis berlobang2 baju melayu aku hahaha.Jadi main lah dengan berhati2.

Pelita rumah aku , dipasang sekeliling rumah. Memang terang benderang la rumah, tapi lepas tu banyak la jelaga2 asap pelita. Hitam2 lantai.




Pertama sekali aku akan suruh orang tu belajar ketat kan ketupat. Ketupat selepas di anyam, ia nya perlu lah diketat kan agar beras yang diisi tak terkeluar dari ketupat. Kenapa aku suruh belajar ketat dulu? sebab ketat kan ketupat boleh jadi kan kita mahir pegang anyaman ketupat yang longgar. Selepas belajar ketat2, belajar buat anyaman bentuk ikan plak bila tangan dah biasa pegang daun ketupat.


Aku jalan2 kat belakang rumah. Tetiba ternampak plak Limau bali dah masak dah. Pergh feveret...








memang ayam ni ada tekanan emosi atau die buat2? yela bila nak raya ni banyak ayam2 buat2 gila untuk mengelak kan diri dari di jadi kan rendang


Sanggup menyerang manusia

Demi memenuhi impian beliau nak menjadi ahli muzik



Ayam lain tak paham dengan dia, tapi kebanyakan ayam ni dah di jadi kan rendang. Takziah buat ayam2 ku. Sebenar nye ayam yang nak jadi ahli muzik tu, menurut cerita ayah aku, ayam tu meroyan dan selalu termenung sorang2. die jadi macam tu sebab mase die mengeram telur2 die, tiba2 semua telur die jadi tembelang dan busuk. Tapi aku macam tak pasti plak samada teori ayah aku ni betul ke tak.

p/s: Buat la orang di sekeliling anda happy, walaupun anda tak berapa happy. Bila kita buat orang lain happy, secara automatik anda akan happy.
nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com
Aku da lame melihat dan mendengar pasal bunga api berus periuk. tp x pnah la plak try. Ni yang aku rase nak try ni..
BalasPadamBest nyeee
BalasPadam