Rabu, 1 Oktober 2008

Menjelang 1 Syawal 1429H

Alhamdullilah, dah 1 syawal pun. Hari ni aku ingat nak upload gambar2 bulan ramadhan. Dah 3 tahun berpuasa di Perak, tapi tahun ni puasa di Melaka. Post kali ni nak mencerita kan serba sedikit aktiviti aku di kampung. Duduk kampung tersangat la best. Macam2 aktiviti boleh buat, gambar atas ni kalau anda boleh lihat , tu gambar pelita tempurung.Susun tempurung bertingkat2 dan bakar di bahagian atas. Api akan makan tempurung kelapa tu sampai abis(kalau hujan tak habis jugak.) Sebelum ni aku tak pernah cuba, tapi tahun ni cuba.

Biasa nya seminggu sebelum raya, aktiviti kitorang ialah pasang pelita. minyak tanah tahun ni agak mahal skit. Jadi penggunaan minyak tanah di had kan.
Kalau anda beli minyak tanah di kedai2 runcit, sebenar nya anda boleh beli minyak tanah di stesyen2 minyak terpilih yang ada palm kerosin. Harga nya lebih murah dari harga kedai runcit. Kene pandai2 cari la stesyen yang ada kerosin
Ape tujuan pasang pelita sebenar nya? ni menurut pemahaman aku la, dulu2 cara orang nak memeriah kan suasana kampung, mereka akan pasang pelita untuk terang kan keadaan sekeliling. Bila keliling rumah terang benderang, jadi la meriah. Dulu harga minyak murah , sekarang mahal. Terkenang aku di Negeri sembilan, pernah raya di rumah seorang nenek tu. Nenek tu tinggal seorang je dan mengguna kan pelita untuk menerang kan rumah. Rumah nenek tu tak ada elektrik, cuma api minyak tanah je. Harga minyak tanah sekarangbuat aku tertanya2 tentang kesusahan nenek tu.
Ha ni lagi satu lagi permainan bungapi alternatif. Biasanya orang beli bungapi kan, tapi aku gune berus periuk macam gambar di atas. Berus periuk tu mesti la yang halus supaya boleh di makan api. bakar hujung berus periuk tu, dan pergi di kawasan lapang yang selamat dan jauh dari bahan2 mudah terbakar.
Kemudian hayun la bungapi tu seperti gambar di atas. fuh, memang syok wooo. Kali pertama aku main bungapi periuk ni, habis berlobang2 baju melayu aku hahaha.Jadi main lah dengan berhati2.
Pelita rumah aku , dipasang sekeliling rumah. Memang terang benderang la rumah, tapi lepas tu banyak la jelaga2 asap pelita. Hitam2 lantai.
Ape agak nya yang die buat? persiapan rapi adalah perlu sebelum melancar roket kebulan.
tu dia. Roket belum sampai bulan lagi dah meletup. misi gagal erk...

Ketupat pulak dah jadi tradisi keluarga dalam nak sambut Aidilfitri dan Aidiladha. Ketupat yang diperbuat dari daun muda kelapa ni memerlu kan teknik2 yang betul dalam seni anyaman. Semasa nak belajar memang la susah. Kebiasaan nya kalau ada orang mintak aku ajar buat ketupat, aku guna cara aku sendiri dalam mengajar

Pertama sekali aku akan suruh orang tu belajar ketat kan ketupat. Ketupat selepas di anyam, ia nya perlu lah diketat kan agar beras yang diisi tak terkeluar dari ketupat. Kenapa aku suruh belajar ketat dulu? sebab ketat kan ketupat boleh jadi kan kita mahir pegang anyaman ketupat yang longgar. Selepas belajar ketat2, belajar buat anyaman bentuk ikan plak bila tangan dah biasa pegang daun ketupat. Anda yang tengah baca ni, geti buat ketupat ke? ha ape lagi belajar la dengan sape2. Ketupat akan di isi dengan beras dengan sukatan tertentu. Yang terer masak Kakak dengan ibu. Setahu aku ketupat akan masak lepas direbus dalam masa 4 jam. Juadah ketupat dan rendang akan dijamu pada waktu berbuka hari terakhir puasa


Aku jalan2 kat belakang rumah. Tetiba ternampak plak Limau bali dah masak dah. Pergh feveret...
Berhati2 lah kalau nak main bende ni,

Kalau siapa yang tak tau ni la kabait, yang duguna kan dalam main meriam. Kabait akan menghasil kan gas yang boleh terbakar bila dititis kan air. Bentuk kabait macam batu, keras pun macam batu.
Aktiviti ni agak merbahaya, kalau tak biasa main jangan la cuba2. Aspek keselamatan sangat la penting. Tengok macam mudah je nak main meriam, tapi ia memerlu kan keseimbangan campuran kuantiti kabait dan air. kalau terlebih air, boleh bunyi macam kentut. agak nye ramai kot orang yang main meriam kabait jadi Chemical Engineer hehehehe. Budak dari Universiti Pertahanan yang biasa guna senjata api pun tak geti nak main meriam hehehe. susah jugak wo
Kalau dulu orang main meriam buluh.Pergi masuk hutan dan carik Buluh paling besar dan paling tebal untuk di jadi kan batang meriam tapi sekarang, pergi kedai besi, jerit "Tokey, Meriam besi satu~ ". Meriam besi tu di ketuk2 di atas tanah untuk buang serdak kabait.
Tangan kiri menutup telinga kanan yang mengadap ke arah meriam. bunyi nya menusuk kalbu. muahahaha
Kisah Ayam
yang aku rase die ade tekanan emosi

memang ayam ni ada tekanan emosi atau die buat2? yela bila nak raya ni banyak ayam2 buat2 gila untuk mengelak kan diri dari di jadi kan rendang
Ayam tu kate die nak jadi ahli muzik


Sanggup menyerang manusia
Demi memenuhi impian beliau nak menjadi ahli muzikMujur ada orang yang sudi mengajar beliau

Bercita2 ingin terbang lebih tinggi dari ayam2 lain, menjadi ahli muzik

Ayam lain tak paham dengan dia, tapi kebanyakan ayam ni dah di jadi kan rendang. Takziah buat ayam2 ku. Sebenar nye ayam yang nak jadi ahli muzik tu, menurut cerita ayah aku, ayam tu meroyan dan selalu termenung sorang2. die jadi macam tu sebab mase die mengeram telur2 die, tiba2 semua telur die jadi tembelang dan busuk. Tapi aku macam tak pasti plak samada teori ayah aku ni betul ke tak.Masih ada lagi umat Islam di luar sana tak bernasib baik dalam menempuh syawal.Sama2 kita mendoa kan kesejahteraan mereka yang kurang bernasib baik. Jangan lupa buat orang sekeliling kita gembira walaupun kita tengah sedih.

p/s: Buat la orang di sekeliling anda happy, walaupun anda tak berapa happy. Bila kita buat orang lain happy, secara automatik anda akan happy.

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

2 ulasan:

  1. Aku da lame melihat dan mendengar pasal bunga api berus periuk. tp x pnah la plak try. Ni yang aku rase nak try ni..

    BalasPadam