Isnin, 6 Oktober 2008

Selamat hari raya cikgu - rakan sekelas

Sampai sekarang aku pegang nasihat, hormati lah cikgu. aku sedar nasihat tu mase aku tingkatan 3. Walaupun waktu tu aku hampir hanyut, alhamdullilah nasib baik cepat sedar. Raya kali ni sekali lagi sempat aku dengan rakan2 kelas 5 amanah 2004 beraya di rumah2 cikgu. Tapi tak sempat pulak nak beraya rumah semua semua. Seperti biasa rumah wajib pergi adalah Teacher Razlinah. Sedari die Slim sampai dah beranak 3 (erk), raya mesti pergi rumah die.


Antara pengalaman yang aku tak boleh lupe dengan teacher Razlinah.
  1. Kene denda berdiri sebab tak ingat birthday kawan sekelas
  2. Telinga sering kali berdesing . Aku duduk kat meja paling depan, dan teacher suke duduk betul2 depan meja aku . (siapa yang pernah belajar dengan teacher mesti faham volume suara teacher )
  3. Kening die sentiasa berkerut dalam kelas
  4. suka makan gula2 dalam kelas
  5. Belanja Kek untuk setiap jamuan hari jadi (dah jadi acara wajib, sebab takut kene denda lagi)
  6. Pertama kali faham buku literature
  7. Sentiasa menang kelas terbersih di sekolah. Tak ada siape yang berani buat sampah sebelum Teacher masuk kelas.
  8. Aku menjadi bendahari kelas secara paksa. Secara automatik mendapat gelaran cheti kutip duit.

Rizqin - aku geram tengok baby, tapi takut nak pegang

Nasik lemak edisi raya




Lepas beraya rumah Teacher Raz, kitorang pergi raya rumah Cikgu Normah. Sampai sekarang aku nak berterima kasih dengan cikgu tu. Mase sekolah aku paling tak suke subject membaca terutama sekali sejarah. Tapi cara cikgu Normah mengajar mudah pulak nak faham. Sebenar nya subjek sejarah tak bosan, cume kene ada cara yang betul untuk belajar matapelajaran tu. Seperti biasa setiap tahun Cikgu Normah akan kongsi cerita pengalaman best die jadi cikgu. Kali ni die seronok sangat jadi Cikgu di Sekolah tahanan Henry Hurney. Tak semua orang sanggup nak jadi cikgu di sekolah yang ada masalah jenayah juvana. Walau ape pun aku kagum tahap gaban bile cikgu seronok mengajar kat sekolah tu.


Antara pengalaman yang aku tak boleh lupe dengan Cikgu Normah.
  1. Buat latihan sejarah giler banyak (argh kenapa perlu belajar subjek sejarah?)
  2. Dengar cerita2 best dari cikgu
  3. Sporting dalam mengajar dan flexible dalam mengajar
  4. Jadi pemain rebana mase persembahan hari merdeka sekolah (persembahan dah OK , Ahli muzik yang kantoi lalalala~)
  5. Rajin bawak kelas kitorang pergi bilik tayangan. Waktu tu jakun giler tengok Astro. fuiyooh....
Cikgu Normah memang suka bercerita

Lepas tu pergi beraya rumah Cikgu Hamidah dan Cikgu Ismail (Suami Isteri). Topik utama tuisyen Albukhari. Suami Cikgu Hamidah memang sangat cool. Kalau mengajar subjek Biology, sempoi je ngajar. Nak di jadi kan cerita, ada satu masa tu, Pengetua baru datang melawat Sekolah aku buat pertama kali . Die datang dengan keluarga waktu petang. Mase tu mane la tau Lelaki yang datang dengan keluarga tu bakal menjadi Pengetua sekolah. Aku dan beberapa kerat member buat la body language ala2 separuh jantina(kalau tak faham sudah.) ape lagi, gelak sakan kat kelas, Cikgu ismail tengah mengajar lagi waktu tu. Tiba2 family tu masuk kelas sebab perasan budak2 kelas aku gelak kan family die. Waktu tu, pen jatuh pun boleh dengar. Tapi Cikgu Ismail jadi hero selamat kan kelas kitorang.. keesokan hari nya, kejadian tu jadi isu hot di bilik guru. topik- Budak kelas 5A ejek pengetua baru. Jatuh reputasi sebagai kelas contoh sekolah. Ape2 pon cayalah cikgu Ismail.


Kenangan bersama Cikgu Hamidah dan Cikgu Ismail mase zaman sekolah
  1. Bedah katak yang mane budak kelas sangat teruja nak bedah katak2 tu. Aku pun carik katak2 kat belakang rumah aku. dapat 2 ekor, derma kat kawan sekor.
  2. Penjaga tin biskut mauahaha
  3. Tragedi Pengetua baru datang melawat.
  4. Strategi belajar last minit. Zaman SPM la zaman paling aku berdisiplin, sekarang? huh

Lepas tu, kitorang pergi beraya di rumah cikgu paling garang. Dengar suara die jawap salam pon boleh cuak. hohoho. Cikgu Fazidah merupakan cikgu matematik tambahan, pantang betul kalau budak kelas tak faham, mesti kene buat latihan dekat papan hitam. Tengah buat latihan dekat papan hitam , cikgu fazidah akan berdiri kat sebelah, waktu tu Kapur putih pun boleh jadi basah. Sebelum kelas Cikgu Fazidah mula, budak kelas di saran kan mengosong kan pundi kencing masing2. hahahaha


Antara pengalaman dengan cikgu Fazidah plak
  1. Renungan tajam kearah anak mata setiap budak kelas. fuh..
  2. Kelas yang di penuhi dengan jeritan2 sekiranya budak tak faham
  3. Budak yang terer matematik tambahan pon tak akan dapat selesai kan masalah matematik kalau cikgu fazidah berdiri dekat sebelah.
  4. Sekali je seumur hidup aku matematik tambahan dapat A1, SPM
  5. Pelbagai nama samaran yang di beri seperti Kudut, Abang besar, Makcik, Nenek, Pakcik, Atuk dan yang paling femes sekali Bulat. Bulat selalu kene panggil buat latihan kat depan papan hitam. hahaha
Terima Kasih kepada Cikgu2 yang sudi melayan kerenah budak2 kelas 5A 2004. Aku sangat menghormati orang yang ikhlas menjadi kan Guru sebagai profession hidup. Lebih2 lagi yang mengajar di luar bandar. Terima kasih jugak kepada kawan2 sekelas.

Selamat berjuang Cikgu....

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

6 ulasan:

  1. Anis ko orang ke dua yang kate die kiut, tapi aku rase aku lagi kiut hahaha

    BalasPadam
  2. gathering paceroh.haha

    BalasPadam
  3. aku nampak comel dlm gambar tu. nak buat camne, dah dilahirkan comel, terima je la. haha

    wei iman, aku nak pic sume2. mcm mana?

    BalasPadam
  4. member aku siap private message aku tanye, "man budak baju biru tu comel jugak eh "hahaha yezza... aku mampu membuat orang tak comel menjadi comel wakakaka. kalo ko nak gambar moh datang raye rumah aku. hehehe, aku ingat malam ni nak g beraya dengan kumi

    BalasPadam
  5. wei.. aku mmg comel..
    dulu kini selamanya comel..

    sape bdk yg msg ko tu man..
    dia comel x.. kalau x comel xnak la..
    nanti aku kawen dgn dia, anak aku comot..
    hahaha.. sadis gile

    BalasPadam